Kehangatan Piala Dunia 2026 semakin dirasai apabila sepak mula saingan bakal berlangsung pada awal pagi Jumaat nanti yang menemukan Mexico dan Afirka Selatan.

Antara perkara yang menarik perhatian ramai adalah melibatkan kehadiran bakat-bakat remaja yang diberikan tanggungjawab besar untuk membuktikan kemampuan mereka.

Kehadiran barisan pemain remaja dalam temasya bola sepak terbesar dunia sentiasa menjanjikan keterujaan tersendiri buat para peminat.

Piala Dunia 2026: Senarai 19 Pemain Termuda Bakal Mewarnai Amerika Utara
Hugo Sochurek (jersi putih). Kredit Foto: Michal Cizek / AFP)

Bagi edisi Piala Dunia 2026, jurang generasi kelihatan begitu ketara apabila ada dalam kalangan pemain muda ini yang belum pun menjengah usia ke-18 tahun namun sudah diberi tanggungjawab besar.

Jom kita semak senarai penuh pemain paling muda yang bakal mewarnai saingan di bumi Amerika Utara menurut sumber FIFA:

Pemain Termuda Dalam Piala Dunia 2026

1) Gilberto Mora – Mexico (17 tahun & 240 hari)
2) Hugo Sochurek – Czechia (18 tahun & 4 hari)
3) Ibrahim Mbaye – Senegal (18 tahun & 138 hari)
4) Hamza Abdelkarim – Egypt (18 tahun & 161 hari)
5) Bara Sapoko Ndiaye – Senegal (18 tahun & 162 hari)
6) Mladen Jurkas – Bosnia and Herzegovina (18 tahun & 247 hari)
7) Ayyoub Bouaddi – Maghribi (18 tahun & 252 hari)
8) Kerim Alajbegovic – Bosnia and Herzegovina (18 tahun & 263 hari)
9) Rayan Elloumi – Tunisia (18 tahun & 267 hari)
10) Lucas Herrington – Australia (18 tahun & 279 hari)
11) Behruzjon Karimov – Uzbekistan (18 tahun & 308 hari)
12) Lamine Yamal – Sepanyol (18 tahun & 333 hari )
13) Kendry Paez – Ecuador (19 tahun & 38 hari)
14) Tyler Fletcher – Scotland (19 tahun & 84 hari)
15) Luka Vuskovic – Croatia (19 tahun & 107 hari)
16) Pau Cubarsi – Spain (19 tahun & 140 hari)
17) Yan Diomande – Ivory Coast (19 tahun & 209 hari)
18) Rayan – Brazil (19 tahun & 312 hari)
19) Endrick – Brazil (19 tahun & 325 hari)

Sumber