Semalam tular di media sosial Twitter apabila sebahagian pengguna sistem perbankan atas talian CIMB Bank melaporkan wang dalam akaun mereka telah ditolak tanpa disedari dalam tempoh beberapa hari ini.

Menurut perkongsian yang dibuat netizen, transaksi tersebut kebanyakannya disenaraikan sebagai direct debit dan jumlah potongan yang dialami mereka pula bermula dari sekecil puluhan ringgit hingga ribuan ringgit.

Berikut adalah merupakan beberapa perkongsian daripada netizen yang ‘terkena’ dengan senario tersebut yang dibuat melalui ciapan-ciapan di Twitter.

https://twitter.com/kimmohito/status/1246201753885757441?s=20

https://twitter.com/emysya12/status/1246113349114318848?s=20

Manakala netizen-netizen di Facebook juga turut melaporkan perkara yang hampis sama berlaku kepada mereka dengan ada yang ‘kehilangan’ wang di dalam akaun simpanan sehingga RM11,000.

photo_2020-04-04_10-05-19

Dan sehingga artikel ini ditulis pada pagi 4 April, kata kunci ‘CIMB Bank’ telah mendapat lebih 30 ribu ciapan dan menjadi salah satu topik trending pengguna Twitter di Malaysia dengan hampir kesemuanya mempunyai masalah yang sama.

Untuk melihat lebih banyak masalah sama yang dihadapi pengguna-pengguna CIMB Bank di seluruh negara, anda boleh melayari laman Twitter dan memasukkan kata kunci yang telah diberikan jika masih berasa ragu-ragu dengan perkara tersebut.

cimb

Penjelasan dari CIMB

Walaupun masih belum ada netizen yang tampil dengan ‘jawapan’ kepada situasi yang melanda mereka ketika ini, CIMB Bank bagaimanapun dilaporkan telah memberi respons mengenai perkara itu seperti dilaporkan laman lowyat.net. 

Berikut adalah kenyataan yang telah diterjemah kepada bahasa melayu daripada kenyataan asal seperti dilaporkan portal  itu.

“Transaksi Direct Debit adalah transaksi kad debit secara sah yang telah dilakukan oleh para pelanggan. Ini adalah insiden terpencil yang berkaitan dengan transaksi yang tidak lengkap yang kemudiannya telah dipulihkan/dilengkapkan.

“Bagaimanapun, transaksi itu kemudiannya disenaraikan (re-termed) sebagai Direct Debit yang menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan kami. Kami ingin memastikan pelanggan bahawa ini adalah transaksi yang sah dan kami akan berhubung dengan pelanggan kami berhubung perkara ini.

Berikut adalah kenyataan asal dalam bahasa Inggeris yang terbit di laman lowyat.net pada semalam.

These ‘Direct Debit’ transactions are legitimate debit card transactions done by customers. These were isolated incidents relating to incomplete transactions which were recovered.

However, the transaction description got re-termed as ‘Direct Debit’, causing the confusion for our customers. We would like to reassure customers that these are genuine transactions and we will be communicating with our customers accordingly.

Pihak media sosial CIMB Bank juga dilihat telah memberi penjelasan kepada pengguna terjejas melalui balasan yang dibuat di laman Twitter sebelum ini seperti di bawah.

Bagaimanapun, dengan begitu ramai pengguna yang terjejas dan mengalami situasi yang hampir sama dalam tempoh masa sudah pasti menimbulkan sedikit pertanyaan dan kebimbangan terutama kepada pelanggan mereka yang lain.

Harapnya, CIMB dapat tampil memberikan penjelasan yang lebih lanjut dan merujuk kepada isu ini yang dialami oleh begitu ramai pengguna mereka.

Sudah pasti insiden-insiden yang berlaku ini tidaklah ‘terpencil’ seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan mereka sebelum ini jika begitu ramai yang melaporkan perkara yang hampir sama melalui kiriman-kiriman mereka di laman-laman media sosial.

Ini bukanlah kali pertama pengguna CIMB Bank membawa masalah mereka ke media-media sosial. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai isu yang telah dihadapi mereka sebelum ini. 

Pengguna Kecewa Aplikasi CIMB Clicks Masih Lagi Tidak Boleh Diakses

Pengguna CIMB Terdedah Serangan Hackers, Dinasihatkan Untuk Tukar Kata Laluan

Sumber