Adira Suhaimi menasihat orang ramai agar membeli emas untuk pelaburan. Ini kerana menurutnya emas adalah aset yang boleh ‘dicairkan’ apabila keadaan ‘sesak’.
Ini dengan menggadai emas itu pada bila bila masa memerlukan wang. Seterusnya menurut Adira, urusan menggadai emas sangat mudah dan cepat.
Jadi dia berpandangan adalah lebih baik melaburkan wang pada emas berbanding membeli kehendak yang lain. Pada masa yang sama boleh digunakan untuk perhiasan diri.
Seterusnya Adira meminta pengikutnya agar mendengar nasihatnya agar membeli emas jika ada duit lebih dalam akaun mereka.
Kerana ianya akan memudahkan mereka di kemudian hari. Dengan nilai pasaran emas yang tinggi berbanding barang yang lain.
Bercakap kepada mStar: “Daripada beli benda lain, sekurang-kurangnya emas ini dapat bantu wantu kita susah. Bila berlaku kecemasan inilah yang boleh bantu.
“Kedai pajak gadai hari-hari buka. Tetapi kalau bank tutup Sabtu dan Ahad. Jadi inilah paling cepat.
“Dengarlah cakap saya ini… kalau kita nak menyimpan lebih baik beli emas,” ujarnya.”
Pandangan Adira itu mendapat respon yang positif daripada netizen. Di mana mereka rata rata setuju dengan Adira. Mereka turut berkongsi pandangan yang sama di mana mereka menggadaikan emas mereka apabila keadaan kecemasan.
Mereka juga bersetuju bahawa urusan di pajak gadai sangat mudah dan laju pada hari ini.