Kes penceraian antaran Adira Suhaimi dan suami, Datuk Red telah menjadi bualan ramai. Terbaharu, perkongsian Adira di TikTok miliknya mencetuskan tanda tanya netizen.
Menerusi hantaran tersebut, Adira seolah-olah hilang sabar terhadap individu yang didakwa menuduh dia jahat dan meminta agar individu itu tidak buat cerita yang mengatakan dia berhati mulua dan menjadi mangsa tapi realitinya adalah sebaliknya.
Baca Juga:
- ‘Mungkin Ini Balasan Untuk Saya’ – Datuk Red Akur Adira Nekad Bercerai
- ‘Dia Raba Dan Seluk 3 Kali’ – Elly Arifin Menangis Dedah Dicabul Ustaz Kenalan Keluarga
- 12 Tahun Tinggalkan Dunia Penyiaran, Ini Alasan Pak Nil Kembali Sebagai Penyampai Radio
@adira.suhaimi
“Kalau nak cerita pasal saya yang terpaling jahat, tak kisah. Tapi, jangan lupa cerita jahat kau juga.
“Jangan juga kau yang terpaling tersakiti. Kau la mangsa, semua kau la.
“Awassss! Lama juga sudah saya diam ni. Jangan berani di belakang kalau berani depan-depan saya. Tiberrr!” tulis Adira dalam video.
Walau bagaimanapun, Adira tidak menyebut nama mana-mana pihak dan netizen tertanya-tanya siapakah yang telah membuatnya marah sehingga meluahkan di media sosial.