Aedy Ashraf menyatakan bahawa rupa bukan faktor utama dia jatuh hati dengan kekasihnya Amelia Henderson.
Namun lebih penting adalah personaliti wanita itu yang membuatkan dia berasa selamat apabila di sampingnya.
Baca Juga:
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- Gaji Cukup-Cukup Makan? Ini 5 Idea Untuk Anda Cari Duit Tepi
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Pasangan tersebut sudah lama dilihat sering bersama. Namun Aedy akhirnya mengesahkan bahawa mereka memang sedang dilamun cinta.
Aedy Ashraf akui bahawa dia memang tertarik dengan kencantikan Amelia Henderson, namun baginya kecantikan itu tidak akan kekal lama.
Kerana mereka berdua akan menjadi tua juga suatu hari nanti.
“Salah satu faktor saya jatuh cinta sebab dia cantik. Namun saya percaya kami juga akan tua dan kecantikan kami sekarang tak akan kekal lama,” tegas pelakon popular itu kepada Mstar Online.
Aedy menambah: “Apa yang menguatkan hubungan kami adalah personaliti dia sendiri. Dia sentiasa membuatkan saya rasa selamat dan menjadi seorang yang lebih baik.
“Bagi saya semua kita harus ada pemikiran begitu. Kita tidak hanya menilai kepada kecantikan seseorang dalam bercinta,” tegasnya.
Walaupun sedang hangat bercinta, Aedy mendedahkan bahawa dia dan Amelia masih belum memikirkan soal perkahwinan.
Ini kerana masing masing sibuk dengan karier. Aedy menghormati pasangannya itu dan mereka saling menyokong antara satu sama lain dalam karier seni mereka.
Amelia Henderson selain daripada berlakon dia juga seorang model, influencer dan juga pengacara.