Ahli politik dan kerajaan Sepanyol terus menjadi pihak yang lantang mengecam AS dan sekutunya Is*ael berikut operasi ketenteraan mereka di Iran.

Sebelum ini kerajaan Sepanyol mengesahkan negara itu tidak akan membenarkan pangkalan tentera mereka digunakan oleh AS dan sekutunya untuk operasi ketenteraan di Tehran, kecuali untuk bantuan kemanusiaan.

Terbaru Ahli Parlimen Eropah (MEP) dari Sepanyol, Iren Montero tampil secara terbuka mengiktiraf Amerika Syarikat dan Is*ael sebagai ancaman terbesar kepada keamanan dunia pada ketika ini.

Berbeza sekali dengan dakwaan Donald Trump bahawa Amerika Syarikat adalah negara yang menjadi watak penting dalam keamanan dunia.

Irene berkata: “Amerika Syarikat dan Isra*l pada masa ini merupakan ancaman utama terhadap keselamatan dan kestabilan manusia sejagat.

Ini kerana dua negara tersebut berterusan melancarkan operasi ketenteraan di negara lain. Is*ael sebelum ini melancarkan serangan ke atas Gaza.

Sementara Amerika Syarikat masih segar daripada operasi ketenteraan di Venezuela.

Irene berkata: “Rakyat tidak sepatutnya menanggung akibat pencerobohan haram Trump.

“Sepanyol mesti mengatasi dan mengehadkan kenaikan harga tenaga, makanan dan barangan asas sekarang juga.”

Irene kemudian menggesa kerajaan Sepanyol keluar daripada NATO sebagai tanda tidak bersekongkol dengan negara yang menjadi ancaman terbesar kepada keamanan dunia.

“Kerajaan harus menjadikan pengangkutan awam percuma, serta saya cadangkan Sepanyol keluar daripada NATO kerana menjadi sekutu Amerika Syarikat meletakkan kita dalam bahaya.”

Irene Montero juga menganggap AS dan Isra*l semakin bermaharajalela kerana tiada siapa yang berani menghalang mereka.

Irene berkata: “Akibat tiada seorang pun berani menghalang genosid di Gaza, AS dan Isra*l sekarang mensasarkan Venezuele dan Iran. Kita harus memboikot sahaja AS dan Isra*l sekarang!

“Dengan itu barulah mereka tidak boleh meyebarkan lagi keganasan di atas bumi ini.”

Ini bukan kali pertama Irene mendesak Sepanyol putuskan sahaja hubungan diplomatik dengan AS dan Isra*l. Sebelum ini dia juga berpendirian sama.