Sepanyol melengkapkan kempen Piala Dunia 2026 dengan penuh gemilang apabila bukan sahaja muncul juara dunia, malah turut membolot beberapa anugerah individu utama kejohanan.

Selepas menewaskan Argentina 1-0 dalam aksi final di Stadium MetLife, New Jersey, La Roja diumumkan sebagai juara dunia baharu. Kejayaan itu mengukuhkan dominasi Sepanyol di pentas terbesar bola sepak dunia.

Ia juga kejuaraan Piala Dunia kedua Sepanyol di dalam sejarah. Mereka juga melengkapkan misi kejuaraan berganda, selepas menjuarai Euro 2024 lalu.

Selain daripada pencapaian berpasukan, perhatian juga tertumpu kepada pencapaian individu.

Pemain tengah Sepanyol, Rodri, dipilih sebagai pemenang Golden Ball selepas menjadi nadi utama pasukan sepanjang kejohanan.

Kawalan permainan, ketenangan ketika menguasai bola dan kebijaksanaannya mengatur tempo menjadikan Rodri antara pemain paling berpengaruh dalam perjalanan Sepanyol.

Penjaga gol Unai Simón pula menerima anugerah Golden Glove sebagai penjaga gol terbaik kejohanan. Sebelum kejohanan ramai mencadangkan De La Fuente untuk memilih David Raya sebagai penjaga gol utama.

Namun ternyata kepercayaan De La Fuente ke atas Unai Simon berbalas.

Seterusnya pertahanan muda Pau Cubarsi, yang baru berusia 10 tahun dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Piala Dunia 2026.

Untuk Anugera Fair Play, ianya diberikan kepada pasikan Belanda.

Dominasi Sepanyol menerusi anugerah individu itu melengkapkan satu kempen bersejarah buat skuad kendalian mereka.

La Roja kini bukan sahaja bergelar juara dunia, malah meninggalkan Piala Dunia 2026 sebagai pasukan paling berjaya dari segi kolektif dan individu.

Sebuah generasi baharu Sepanyol telah mencipta sejarah di pentas terbesar bola sepak dunia.