Pengarah otai, Ahmad Idham mengkritik pengarah drama dan filem Melayu hari ini yang dianggap terdesak mahu menarik tontonan dengan menyelitkan babak panas atau soft p***n.

Ahmad Idham tidak setuju dengan cara sebegitu digunakan untuk memancing penonton. Ini kerana rata rata penonton drama tersebut adalah orang Melayu dan beragama Islam.

Lantas Ahmad Idham meminta agar pengarah-pengarah ini lebih bertanggungjawab dalam memaparkan perkara yang positif kepada masyarakat.

Dipetik dari Mstar Online, Ahmad Idham berkata: “Bagi saya mereka ini kalau dah tiada idea nak pancing penonton, mulalah buat kontroversi murahan macam itu (unsur soft p**n).

“Kita kena sedar kita ni rakyat Malaysia majoritinya orang Melayu beragama Islam, jadi saya selalu tekankan sebagai pembikin filem jangan pernah lupa tanggungjawab sosial kita untuk paparkan perkara positif kepada masyarakat,” tegas beliau.

Ahmad Idham mengakui dia pernah menggunakan taktik serupa dengan meletakkan beberapa babak panas, tetapi dia mengaskan dia masih mengawal batas dalam adegan tersebut agar tidak ke arah p**no.

Dan dia tidak akan mengulangi taktik itu lagi dalam karya terbarunya kerana ianya perkara sensitif dan tak sesuai dengan masyarakat di Malaysia.

“Saya akui masa awal masuk industri saya pernah berfikiran begitu seperti filem Rempit memang ada unsur seksis tetapi tidaklah ke arah p**no,” simpul beliau.

Ahmad Idham benar benar terkejut dengan beberapa pengarah hari ini yang sampai sanggup ‘ke arah’ p**n.

Dalam pada itu Ahmad Idham kini sedang sibuk dengan promosi filem terbaru arahannya iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 mula ditayangkan pada 4 Januari 2023.

Filem tersebut turut dibintangi Eyka Farhana, Alif Satar dan Fasha Sandha.