Tular sejak beberapa hari lalu apabila terdapat dakwaan pihak AirAsia telah menangguhkan perjalanan pasangan tempatan ini pulang ke Kuala Lumpur dari Melbourne sehingga 5 hari iaitu dari 2 Januari kepada 6 Januari.

Perkongsian yang dilakukan sekaligus telah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan iaitu YB Anthony Loke yang mahukan permohonan maaf daripada pihak AirAsia X serta penjelasan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, AirAsia X pada hari ini tampil memberi penjelasan menerusi laman rasmi mereka dengan memaklumkan mereka memohon maaf buat semua penumpang yang terlibat dalam pembatalan penerbangan D7219 dari Melbourne ke Kuala Lumpur pada 2 Januari 2023.

Sumber: NST

Difahamkan insiden yang berlaku berpunca kepada masalah operasi berikutan bird strike atau pelanggaran burung pada kapal terbang yang berlaku di Kuala Lumpur International Airport (KLIA2).

Insiden yang berlaku telah membuatkan pihak AirAsia secara automatik memindahkan para penumpang kepada penerbangan seterusnya mengikut kapasiti dan kekosongan kapal terbang.

“Mengikut polisi yang ditetapkan, kami sedia memaklumkan sebarang perubahan jadual penerbangan sepantas yang mungkin buat para penumpang. Kami mendapati penumpang terbabit memilih untuk membatalkan penerbangan menerusi e-mel dan SMS pada 30 Disember sebanyak dua kali sebelum penerbangan mereka yang sepatutnya berlepas pada 7.40 pagi bertarikh 2 Januari 2023.

Kami juga turut menghubungi penumpang yang terbabit pada 31 Disember 2022 menerusi nombor telefon yang diberikan namun gagal” ulas CEO AirAsia X, Benyamin Ismail.

Beliau turut mengulas pihak penumpang tersebut turut menghubungi chatbot AVA dan memaklumkan tidak bersetuju untuk perubahan jadual penerbangan serta menamatkan perbualan tanpa sebarang maklumat lanjut.

Sumber: Aviation24

Pada 2 Januari 2023, pihak penumpang tersebut sekali lagi menghubungi pihak AVA sebelum memilih SRO untuk memindahkan penerbangan mereka ke 5 Januari 2023 dan membatalkan permintaan dua kali selepas pengesahan ketersediaan penerbangan lebih awal. Pada masa ini, penerbangan AirAsia sebelum tarikh perjalanan yang dijadualkan semula antara 3 dan 5 Januari 2023 tersedia dan beroperasi seperti yang dijadualkan.

Pihak AirAsia dilaporkan memantau rapat segala informasi yang diberikan penumpang serta menawarkan solusi yang terbaik buat pelanggan mereka. Selain itu, pihak AirAsia juga turut memaklumkan sedia mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dalam menyebarkan berita palsu sekaligus memberi kesan kepada intergriti syarikat.

Untuk pengetahuan, insiden bird strike yang berlaku bukanlah sesuatu yang baru atau aneh. Di Amerika Syarikat sahaja, sebanyak 13,000 kes melibatkan bird strike telah berlaku secara purata sepanjang setahun.