Usahawan dan ikon fesyen, Vivy Yusof berkongsi detik mencabar selepas akaun bank milik beliau dan suami dibekukan ekoran kes mahkamah yang dihadapi ketika ini.

Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, Vivy menyatakan ramai kenalan dan juga pengikutnya yang tampil memberi bantuan memandangkan keluarganya tidak dapat tidak dapat mengakses wang simpanan mereka.

Baca Juga:

Vivy Yusof
Vivy Yusof

“Bila media umumkan akaun kami dibekukan, begitu ramai orang berbuat baik kepada kami. Walaupun kami ada wang hasil kerja keras, tapi kami tak dibenarkan menggunakannya.

“Semuanya kena sekat. Kami kosong. Jadi, ramai orang yang bimbang terutamanya kepada anak-anak, kami dapat banyak pesanan mesej. Rakan-rakan dan pengikut menghantar kami makanan, baucer Grab dan rezeki tu tak putus-putus,” tulisnya.

Menurut Vivy Yusof lagi, beliau tambah terharu selepas ada kenalan yang menghantar makanan kegemarannya iaitu Beef Wellington ketika keluarganya berdepan detik sukar.

Baru-baru ini, mahkamah sesyen membenarkan permohonan Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bagi mendapatkan pasport buat sementara hari ini bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah umrah.

Peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan suami isteri itu memohon pasport diserahkan sementara kepada anak guamnya yang akan bertolak ke Arab Saudi pada 5 Januari untuk menunaikan umrah.

Pasport itu akan diserahkan semula pada 15 Januari nanti.

“Kedua-dua anak guam akan pulang ke Malaysia pada 14 Januari. Oleh itu, pasport akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 15 Januari.

“Saya mohon pasport diserahkan hari ini kerana ketiadaan pasport menyukarkan proses mendapatkan visa dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan itu. Pada masa sama beliau bertanya perancangan untuk menunaikan umrah dilakukan sebelum atau selepas pertuduhan dibuat.

Fadzaruddin bangun dan menjawab secara ringkas bahawa perancangan ke Tanah Suci dilakukan selepas pertuduhan.

Terdahulu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan pecah amanah dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.