Nabila Huda telah memuat naik beberapa hantaran di platform X miliknya dimana dia meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap seorang individu yang belum diketahui identitinya.

Menerusi hantaran tersebut, dia berkata individu tersebut merupakan manusia paling jahat yang pernah dia kenali dan dahagakan ‘limelight’. Malah, individu terbabit didakwa suka memmpamerkan diri suka bekerja keras tetapi sebenarnya ‘fake’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

One day aku akan reveal semua kejahatan kau. Kesabaran ada limit! Kau dah jauh sangat ni.

“Kau adalah manusia yang bijak mempergunakan orang tapi bodoh juga sebab tak sedar orang keliling sebenarnya tau apa kau buat kat belakang.

“Pastu kau mandi kan orang dengan kesenangan (bukan duit sendiri pun) pastu kau mengungkit sebab effort kau tak dihargai and end up kau lah mangsa.” ujar Nabila.

Tambahnya, hantaran tersebut hanyalah peringatan mesra kepada individu terbabit dan mendoakan agar individu itu insaf dengan perbuatannya.

Susulan hantaran tersebut, dapat dilihat netizen tertanya-tanya siapakah individu yang dimaksudkan Nabila Huda itu dan memetik nama beberapa selebriti.