Baru-baru ini, pelakon veteran Mak Jah atau Maimunah Ahmad mendedahkan bahawa dirinya tidak lagi mampu untuk menerima tawaran dalam bidang lakonan selepas menghadapi masalah kesihatan.
Susulan pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menghulurkan sedikit bantuan kepada Mak Jah sebagai usaha untuk membantu meringankan beban Mak Jah.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Risiko Sewa Rumah, Ini Sebab Mengapa Pentingnya Ambil Deposit Daripada Penyewa
Difahamkan, sumbangan bernilai RM10,000 tersebut diserahkan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Mak Jah di kediamannya.
Menurut laporan, Mak Jah terkejut menerima kunjungan wakil pemimpin negara dan bersyukur atas sumbangan yang diberikan.
Sumbangan yang diterimanya akan digunakan sepenuhnya untuk membayar kos perubatannya. Bercakap tentang kerjayanya, dia memaklumkan masih menerima tawaran berlakon tetapi dia terpaksa tolak disebabkan tidak boleh bergerak.