Nama Sir Alex Ferguson kembali jadi bualan selepas laporan mendakwa legenda Manchester United itu menghantar mesej kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, sejurus selepas final Liga Juara-Juara antara PSG dan Arsenal.
Menurut laporan Ben Jacobs dari CBS, Sir Alex Ferguson pada awalnya hanya menelefon bos besar PSG itu untuk menghantar ucapan tahniah kepada PSG atas kejayaan mereka menjulang trofi.
Namun, mesej itu kemudian mencetuskan perdebatan kerana ada laporan menyatakan beliau menyifatkan Arsenal sebagai “boring” atau membosankan serta tidak layak menjadi juara.
Ferguson memuji PSG sebagai pasukan yang lebih menyerlah dan “bermain bola sepak sebenar”. Sedangkan Arsenal terlalu bertahan dan tidak menyerang sepanjang perlawanan.
Arsenal hanya sekitar 25% penguasaan bola, hanya 1 percubaan tepat sepanjang 120 minit. Berbanding PSG yang lebih mengawal tempo permainan dengan penguasaan 75%.
Sir Alex Ferguson did message PSG President Nasser Al-Khelaifi to congratulate him on winning the #UCL.
However, he didn’t call Arsenal “boring” despite reports.
Ferguson’s message instead included the phrase, “You were the team that played football”. pic.twitter.com/fqyR8ANlAa
— Ben Jacobs (@JacobsBen) May 31, 2026
L’Equipe pula mendedahkan Sir Alex Ferguson sebagai berkata kepada Nasser Al Khelaifi: “Syabas, ianya malam yang sukar untuk kamu. Namun kamu bermain menentang pasukan yang membosankan dan tidak melakukan apa apa, mereka hanyalah bertahan.
“Nikmati percutian kamu, sebab kamu selayaknya menjadi juara.”
Sir Alex Ferguson congratulated PSG president Nasser al-Khelaïfi after their Champions League final win over Arsenal. His message: "Well done, it was a tough night for you, but you played against a boring team that did nothing but defend. Enjoy your holidays, you deserve it."… pic.twitter.com/NipNQjMTNH
— utdreport (@utdreport) May 31, 2026
Selain Ferguson, bintang PSG, Joao Neves turut menganggap Arsenal sebagai tidak mahu bermain bola sepak.
“Hari ini saya nampak cuma satu pasukan sahaja yang bermain di atas padang. Kami mencipta peluang dan memiliki penguasaan bola dalam hampir sepanjang masa. Rasanya kami bermain lebih baik dan berhak untuk menjadi juara.”
🚨🗣️Joao Neves:
“I saw only one team on the pitch to be honest, we created chances we had the ball most of the time. I think we played better and we deserved it.” 👀🏆pic.twitter.com/ejogPKsDEN
— Goals Side (@goalsside) May 31, 2026
Ferguson memang terkenal dengan sejarah “perang dingin” bersama Arsenal pada era Arsene Wenger. Namun beliau mengakui bahawa dia dan Wenger kini sudah menjadi sabahat baik.
Tetapi itu jelas tidak menghalang Ferguson untuk membidas Arsenal kerana gaya permainan bertahan di bawah kendalian Arteta.
Ada segelintir peminat bola sepak segera mempertahankan corak permainan Arsenal. Sambil mengingatkan Ferguson tentang pasukannya yang didominasi Barcelona satu ketika dahulu.
The same could be said about Manchester United against Barcelona in the 2011 UEFA Champions League final.
— Cadence (@Cadencej7o) May 31, 2026