Dalam konten terbaharu ‘tebuk ngaji’ oleh seorang influencer @qawiyaro memaparkan Aliff Satar ketika mereka dalam sesi photoshoot iklan.

Menerusi video terbabit, influencer itu telah meminta Aliff menyambung bacaan al-Quran iaitu surah Al-Kahf. Dapat dilihat, Aliff tenang ketika menyambung bacaan al-Quran tersebut walaupun sebenarya berasa gementar.

Baca Juga:

@qawiyaro

MasyaAllahh sedap betul! Finallyy dapat terjah @alifsatar geng Kahfbro ! 😍☝🏽🤍 #quranchallenge #terjahngaji #mantuy

♬ original sound – qawiyaro – qawiyaro

Apabila ditanya tentang surah yang memberikan impak kepadanya saat ini, dia memberitahu surah Al-Nasr kerana surah itu seolah-olah menceritakan apa yang terjadi ketika ini dan membacakan surah itu bersama influencer terbabit.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bacaan Aliff yang lancar dan tajwidnya cukup baik.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen mengatakan bahawa Aliff antara individu dalam industri seni yang layak digelar sebagai pempengaruh.