Sebelum ini, seorang gadis yang memiliki muka mirip Aliff Satar tular di media sosial selepas melakokan watak sebagai selebriti itu dalam satu video klip parodi dan mendapat perhatian Aliff Satar.

Susulan itu, Aliff Satar telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya dimana dia bertemu dengan gadis tersebut yang memiliki wajah mirip sepertinya.

Baca Juga:

Menerusi video terbabit, Aliff kelihatan teruja dan juga turut menyanyikan lagu Lelaki Seperti Aku yang sering dimainkan gadis terbabit dalam video tularnya sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Aliff juga mengatakan bahawa gadis tersebut terlihat lebih mirip ‘Alif Satar’ berbanding dengan dirinya sendiri. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka seperti kembar yang terpisah kerana memiliki wajah seiras.