Watak Barkoba dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang meninggalkan impak dalam kalangan penonton dan bukan sahaja watak tetapi tagline yang dibawa juga pasti anda masih ingat, bukan?

Selepas 37 tahun berada dalam industri seni, Bell Ngasri buat pertama kalinya tercalon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH35) dalam kelompok Top 5 kategori Artis Komedi Popular.

Baca Juga:

Susulan itu, Bell yang teruja telah membuat kempen untuk peminat mengundinya dengan memuat naik poster seakan-akan calon ahli politik yang meraih undi.

Menariknya poster tersebut, dapat dilihat nama parti yang diletakkannya adalah Parti Beg Plastik Hitam (BPH) dimana sangat sinonim dengan wataknya Barkoba yang ponteng puasa ketika Ramadan.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat dia meminta untuk mengundi Barkoba dan meletakkan tagline ‘Dari Kampung Pisang ke ABPBH’. Cara kreatif Bell untuk pancing undi peminat telah meraih perhatian orang ramai.

Rata-rata peminat turut mendoakan agar Bell akan menang. Malah, ada juga netizen yang mengatakan bahawa cara Bell seperti ahli politik berkempen ketika pilihan raya.