Bila sebut Bell Ngasri, kita pasti teringat dengan watak-watak lucu yang dibawakan beliau lebih-lebih lagi dengan karakter Barkoba di dalam filem 18 Puasa Di Kampung Pisang.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular pula video Bell Ngasri membawa watak yang berlainan semasa pengambaran dipercayai untuk sebuah filem raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video tersebut, Bell menengking seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya sambil memegang duit sebelum wang terbabit dilemparkan ke arah muka budak tersebut.

“Aku bagi duit ini, ambil!,” jerit Bell semasa melakonkan watak terbabit.

Bell kemudiannya dengan wajah yang bengis dilihat membawa bagasi dan berlalu pergi daripada rumah berkenaan seperti watak seorang antagonis.

Video lakonan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 itu berjaya menarik perhatian ramai memandangkan dia sebelum ini jarang membawa watak serius sedemikian.

Menurut pemilik akaun, filem lakonan Bell Ngasri ini akan ditayangkan di Astro pada raya pertama ini.

@azmiahmad29

Garangnya abg ni 😆 fyp abggarang bj

♬ original sound – Azmi Ahmad – Azmi Ahmad

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video lakonan Bell itu.

Kebanyakan netizen mendakwa tetap berasa ingin ketawa apabila melihat wajah Bell meskipun dia pada ketika itu membawa watak serius.

Sumber Gambar: TikTok Azmiahmad29
Sumber Gambar: TikTok Azmiahmad29

Malah, ada juga yang berseloroh dengan menanyakan tentang puasa yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi ini memandangkan Bell begitu sinonim dengan watak Barkoba sebagai salah satu geng ‘plastik hitam’.