Semalam menjadi sejarah apabila Bell Ngasri muncul sebagai artis komedi popular dan artis paling popular di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35).

Kemenangan yang dilabel sebagai kemenangan yang direstu seluruh Malaysia ini turut menyaksikan Bell Ngasri menangis kegembiraan selepas buat pertama kalinya beliau berjaya diiktiraf dan meraih anugerah sepanjang 37 tahun berkarya.

Baca Juga:

Menerusi sidang media selepas berakhirnya anugerah berprestij tersebut, Bell Ngasri di hadapan wartawan turut tampil meluahkan kegembiraan di samping berkongsi sesuatu yang belum pernah diketahui orang ramai sebelum ini.

@ohbulanofficial

Replying to @Bos Gaurus Bell tetap teruskan berlakon 🥹🥹 Teruskan usaha 💪🏻#ABPBH35 #ohbulan #artismalaysia #bellngasri

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Menurutnya, beliau pernah diperlekeh oleh seorang pengarah yang mempertikaikan badannya yang kecil untuk berlakon.

“Ada ke artis badan ketot macam kau ni?” kongsi Bell Ngasri bersama para wartawan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah tuan pengarah yang dimaksudkan Bell Ngasri tersebut namun tiada jawapan.

Sememangnya kata-kata tersebut bukan sahaja menghina fizikal seseorang, malah bakal meluntur semangat seseorang pelakon untuk berkarya bagi tontonan orang ramai.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan buat Bell Ngasri atas kemenangan bermakna tersebut. Menerusi semakan di laman rasmi Instagram Bell Ngasri, pelakon dan pelawak ini telah berjaya meraih lebih 30,000 followers sejak dinobatkan sebagai artis paling popular ABPBH 35.