Baru-baru ini, nama Ameera Khan telah menjadi bualan ramai apabila dia berkongsi pemberian hadiah mewah yang diterima daripada kedua orang tuanya.
Untuk pengetahuan anda, Ameera Khan telah mendapat sebuah kereta mewah BMW i7 dan hal itu telah meraih perhatian netizen terutama sekali pengikutnya.

Baca Juga:
- ‘Orang Berniaga Dia Pun Nak Cuba’- Ameera Khan Dikritik Hebat Netizen Jual Kek Batik Kejung
- ‘Tiada Keturunan Kami Pergi Tempat Dilarang’ β Noor Kartini Kesal Netizen Tuduh Anaknya Berjudi Lumba Kuda
@neelofa_store betuah LMK dpt hadiah kereta bmw i7 π #fyp #neelofastore
Menerusi sebuah video, dia menjawab soalan warganet sama ada baru membeli kenderaan tersebut namun dia menjawab bapa, Datoβ Abdul Halim Khan dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed menghadiahkan kepadanya.
Susulan itu, ada netizen yang mendedahkan bahawa harga kereta mewah terbabit dianggarkan melebihi RM700,000 dan harga kereta itu membuatkan ramai orang terkejut.
Malah, para netizen turut berasa cemburu kerana dia mendapat hadiah mewah seperti itu dan mengatakan dia beruntung dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan kaya.