Ameera Khan unfollow Jefri Nichol di Instagram dan turut membuang kesemua gambar mereka bersama.

Ianya membawa kepada spekulasi bahawa hubungan dua selebriti itu sudah berakhir.

Sebelum ini kedua duanya sangat romantis. Dengan hubungan mereka turut direstui oleh ibu bapa mereka.

Bukan sahaja Ameera Khan unfollow Jefri Nichol, artis lelaki itu juga sama. Di mana dia  turut tidak mengikuti lagi akaun adik kepada Neelofa itu.

Kedua dua pasangan itu sebelum ini menjadi perhatian ramai kerana sangat terbuka berkongsi hubungan romantis mereka dengan orang ramai.

Ini bukan pertama kali pasangan tersebut bercinta dan putus. Kerana Ameera Khan dan Jefri Nichol pernah bercinta beberapa tahun lalu sebelum putus pada Oktober 2021.

Ameera Khan unfollow jefri nicol

Ameera Khan bukannya nama asing di kalangan netizen. Dia merupakan influencer dan juga duta kepada beberapa produk.

Jefri Nichol juga nama pelakon yang gah di Indonesia. Dia merupakan artis kelahiran Jakarta telah berjaya meningkat naik di kalangan peminat industri hiburan selepas lakonan berkesannya dalam ‘Dear Nathan’ pada 2017.

Kontroversi Jefri Nicol

Namun kariernya agak tergugat pada 2019, apabila artis itu ditangkap memiliki ganja pada 2019.

Oleh kerana itu kesalahan pertamanya, dia ‘dilepaskan tanpa dibebaskan’ atau kebebasan bersyarat.

Jefri Nichol pernah berkongsi pengalamannya masuk penjara dan kemudian perlu menjalani pemulihan dan kaunseling daripada pakar selepas kes tersebut.

Jefri Nichol malah menegaskan bahawa dia mulai dipandang sebagai budak nakal oleh peminat.

JN

“Selepas dipenjara, masyarakat sudah tidak mengharapkan lebih baik daripada saya. Sebelum ini, jika saya membuat kontroversi, ramai yang akan gempar. Namun selepas itu, ianya sudah menjadi perkara biasa bagi mereka,” tegasnya.

Nama Jefri Nichol menjadi bualan di Malaysia selepas dia rapat dengan Ameera Khan dan kemudian mengisytiharkan mereka adalah pasangan kekasih.

Malah pada satu ketika Ameera Khan meletakkan kependekan nama Jefri Nicol, JN di poket belakang seluar jeansnya.

ad

Ameera Khan Unfollow Jefri Nichol

Namun kini Ameera Khan unfollow Jefri Nichol. Yang membuatkan ramai beranggapan pasangan itu sudah tidak sehaluan lagi.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua dua belah pihak.