Ammar Nazhan dedahkan bahawa Arasz menjadi dalang yang kepada kontroversi yang dicetuskan mereka di Indonesia baru baru ini.
Ammar Nazhan dedahkan perkara itu dalam sesi The Caprice Podcast Show.
Ammar Nazhan minta Arasz mengaku sajalah
Lantas Ammar Nazhan meminta Arasz mengaku bertanggungjawab tentang idea konten orang hilang dalam hitam.
Sebelum ini Ammar Nazhan dan pasukan pencipta kontennya telah dikecam selepas kantoi menipu tentang orang hilang selama 3 hari di dalam hutan di Indonesia.
Ammar Nazhan menegaskan bahawa idea konten itu adalah daripada Arasz yang merupakan pempengaruh konten paranormal.
Ammar Nazhan akui dia setuju dengan cadangan itu, cuma terkejut apabila mendengar Arasz menyatakan Eyka akan hilang 3 hari. Kerana menurutnya, idea itu agak melampau.
Ini kerana bakat yang dibawa bersama ke sana juga perlu membuat konten di media sosial, jadi agak masa 3 hari seseorang pencipta konten itu tidak memuat naik konten, kerana kononnya hilang dalam hutan.
Ammar Nazhan dedahkan perkara sebenar
Namun Ammar Nazhan dedahkan akhirnya semua setuju untuk membuat konten tersebut. Kerana menganggap itu idea yang bagus sebab ianya akan menjadi sensasi.
“Semua idea ini daripada Arasz. Saya minta sangat Arasz untuk mengaku. Bukan sebab saya nak tuding kesalahan ini pada dia seorang, bukan.
“Tetapi tolong cerita benda itu betul betul. Kita sama sama buat. Dan dia seharusnya faham perkara ini kerana saya adalah pencipta konten dan dia pemburu paranormal.
“Jadi dia telah mempergunakan nama saya dan pasukan saya dengan kontroversi yang besar ini sebagai satu gimik.”
Ammar Nazhan menyatakan dia hormati idea seorang yang cerdik dengan idea konten yang dianggap luar biasa.
Caprice: Itu bukan cerdik tapi bodoh
Namun Caprice terus membidas depan mukanya Ammar Nazhan dengan menyatakan bahawa dia telah membuat idea bodoh, bukannya idea cerdik.
“For you to say Arasz is cerdik untuk buat konten hilang, minta maaf bro I have to disagree that.
“Sebab nak buat orang hilang will make people worry. It’s not a cerdik idea bro, it’s very stupid idea to get a talent to hilang secara umum,” tegas Caprice.
Seterusnya ianya membuatkan satu Malaysia bimbang dan media perdana di Malaysia membuat liputan.
Ammar Nazhan juga akui polis Indonesia juga terlibat dalam lakonan mereka. Namun Ammar Nazhan menafikan dia yang memujuk polis tersebut berlakon.
“Bukan saya, Arasz yang pujuk polis tersebut berlakon, bersama dengan askar,” tegas Ammar Nazhan yang menyatakan bahawa Arasz telah menjadi mastermind.