Ruben Amorim percaya Manchester United berada dalam keadaan yang lebih baik tanpa sebarang aksi Eropah musim ini selepas menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-15 musim lalu..

Manchester United hanya mampu menamatkan saingan English Premier League (EPL) musim lalu di tangga ke-15 dalam kempen yang sangat mengecewakan buat The Red Devils.

Baca Juga:

Mereka memulakan musim dengan buruk di bawah bekas pengurus, Erik ten Hag dan keadaan tidak banyak berubah selepas kehadiran  Ruben Amorim sebagai pengganti.

Fulham
Kredit Foto: JUSTIN TALLIS / AFP

Juara 13 kali EPL itu bagaimanapun berpeluang untuk layak ke UEFA Champions League di penghujung musim, namun mereka tewas kepada Tottenham dalam final Europa League sekali gus menyaksikan United tidak akan beraksi dalam sebarang kejohanan Eropah musim ini buat kali pertama sejak 2014-15.

Namun begitu, Amorim percaya pasukannya memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan metodologi diterapkannya sambil menambah bahawa perlawanan menentang pasukan-pasukan hebat dari Eropah ketika ini tidak baik untuk perkembangan mereka.

Amorim Anggap United Masih Belum Bersedia

“Kami ada tiga perlawanan minggu ini dan kami memiliki pemain berkualiti, jadi kami perlu melakukan penggiliran untuk cuba menang setiap perlawanan.”

Ruben Amorim
Soccer Football – Europa League – Manchester United v Bodo/Glimt – Old Trafford, Manchester, Britain – November 28, 2024 Manchester United manager Ruben Amorim applauds fans after the match REUTERS/Molly Darlington/File Photo

“Adalah perkara biasa yang berlaku di kelab lain [untuk tidak beraksi di pentas Eropah],” ujar Amorim menurut sumber laporan Goal.

“Kami sebenarnya memang belum bersedia untuk bermain di Eropah. Itu perasaan saya, untuk menghadapi perlawanan-perlawanan sengit di Eropah dan dalam masa sama bermain di Liga Perdana.”

“Kami perlukan masa untuk berkembang sebagai sebuah pasukan. Mereka hanya perlu berjuang merebut tempat. Selepas itu, segalanya boleh berubah.”

Sumber