Ruben Amorim akhirnya meraih kemenangan pertamanya dalam aksi pra musim bersama AC Milan dan ia hadir dengan cara paling menarik apabila lawan yang ditumbangkannya ialah bekas kelabnya sendiri Manchester United
Milan bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk menewaskan United 4-2 dalam aksi pra musim di TarczyĆski Arena Wroclaw.
Manchester United terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Harry Maguire sebelum Samuel Chukwueze menyamakan kedudukan untuk AC Milan.
Pada babak kedua Patrick Dorgu kembali meletakkan United di depan namun Milan kemudian mengambil alih permainan
Alphadjo Cisse menyamakan kedudukan sebelum Goncalo Ramos dan Ruben Loftus Cheek melengkapkan kebangkitan Milan untuk kemenangan 4 2
Kemenangan ini menjadi lebih manis buat Amorim kerana ia merupakan kemenangan pertamanya dalam pra musim bersama Milan selepas beberapa keputusan sebelum ini tidak memihak kepada kelab Itali tersebut
Lebih menarik kemenangan itu hadir ketika menentang United kelab yang pernah dilatih Amorim sebelum beliau meninggalkan Old Trafford
Milan bukan sahaja menang malah menunjukkan karakter untuk bangkit daripada dua kali ketinggalan
Amorim mungkin sudah meninggalkan Manchester United tetapi malam ini beliau kembali untuk menewaskan bekas kelabnya