Pengurus Manchester United, Ruben Amorim memuji aksi hebat yang ditampilkan pemain pertahanan tengah, Harry Maguire pada perlawanan bertemu Manchester City tempoh hari.

Manchester United yang berada di kelompok pertengahan liga berjaya bangkit pada lewat permainan untuk menundukkan jiran setempat itu 2-1 di laman lawan.

Baca Juga:

Maguire, 31 tahun beraksi cemerlang dalam merantai pergerakan jentera serangan Manchester City yang diketuai Erling Haaland di Etihad Stadium.

Susulan aksi dipamerkannya itu, Amorim jelas berpuas hati dengan apa telah dijelmakan oleh Harry Maguire sepanjang perlawanan.

“Maguire cukup sempurna apabila anda bermain dengan tiga pertahanan. Saya rasa di tengah [dia] sangat sempurna,”’ ujar Amorim menurut sumber laporan Sky Sports.

“Dan cara penyerang yang mereka ada (merujuk kepada Erlinmg Haaland) dengan bola panjang, anda perlu menjadi sangat kuat dan itu sangat sesuai untuknya.”

“Bukan hanya Harry seorang sahaja, semua pemain telah bertahan dengan sangat baik.”

Dalam perkembangan lain, Sky Sports turut mendedahkan perbincanga antara Harry Maguire dan Manchester United berhubung urusan lanjutan kontrak berjalan dengan positif.

Kontrak beliau bakal berakhir pada penghujung musim ini dan kedua-dua pihak dikatakan bersetuju untuk tambahan setahun lagi.

“Saya sebenarnya belum memikirkannya. Saya masih ada tahun ini untuk dilalui dengan pilihan di tangan mereka.”

“Tetapi, ya, semua tanda adalah positif pada masa ini dan perbualan yang saya ada sangat positif,” ujar Maguire mengulas tentang masa depannya.

Sumber