Sebelum ini anak makcik Kemboja telah mencabar seorang individu untuk berhadapan dengannya secara bersemuka. Ini selepas dia bengang dengan individu tersebut yang menurutnya telah mencemarkan nama baik ibunya.

Dia juga tidak takut kepada individu yang dianggapnya cuma kuat menyalak di media sosial ‘gung gung gung’.

Video disunting

Namun video itu menimbulkan kemarahan kerana ramai menganggap anak makcik Kemboja mencabar netizen.

Anak makcik Kemboja yang dikenali sebagai Ezuan itu kemudian menegaskan video dia disunting oleh individu tersebut yang merupakan bekas pekerja di syarikat ibunya.

Dan dia menambah video asal dengan jelas menyatakan bahawa dia cuma mencabar seorang individu secara spesifik dan bukannya netizen Malaysia atau orang Melayu.

Menulis di lama Twitter, anak makcik Kemboja bernama Ezuan berkata: “Assalamualaikum semua, saya Ezuan, anak makcik kemboja yang sedang viral sekarang.”

“Saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya yang telah diubah, diedit oleh individu tersebut, sehingga menimbulkan PROVOKASI terhadap masyarakat. This is a thread..”

“Semalam, sekitar jam 2:30 petang, saya telah men-stitch satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.”

“Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa, dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.”

“Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut.”

Ezuan kemudian memuat naik video asal yang dibuat olehnya sebagai balasan kepada pekerja tersebut, sebelum ianya dibuang oleh TikTok daripada platform mereka:

Ezuan menyambung: “MANA & DI MANA, dalam video original yang dimuatnaik oleh saya, saya ada sebut ‘cabar netizen/cabar korang semua’ atau mana-mana individu/pihak?”

“Sedangkan saya CABAR dia, spesifik, siap ada nama penuh dia sekali. Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya MENCABAR netizen.”

“Perkara ini telah mengancam keselamatan saya, sehingga saya menerima terlalu banyak ugutan untuk ‘mengutip’ saya. Ini merupakan salah satu konten/video yang dimuatnaik oleh netizen untuk memanaskan lagi keadaan.”

“Jadi disini, saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah FITNAH. Dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.”

“Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia. Saya minta anda menilai sendiri, dan saya minta jasa baik anda untuk mem-viralkan video original saya, supaya orang tahu sisi cerita yang sebenar.”

“Saya harap, ada keadilan buat saya. Saya berani kerana benar, dan saya tak takut dengan individu tersebut. Allah Maha Berkuasa. Yang Benar, Ezuan.”

Lelaki dicabar datang nak jumpa Ezuan

Terbaru individu yang dia cabar itu telah memuat naik video di mana mereka datang mahu berhadapan dengan anak makcik Kemboja. Malangnya dia telah menutup pagar dan tidak bagi masuk.

Dalam video yang sama seorang lagi lelaki lain sedang meluahkan kemarahannya tentang kenyataan kontroversi makcik Kemboja yang menuduh Melayu malas. Sambil menuduh syarikat itu tidak membayar KWSP pekerja.

Video tersebut dengan kapsyen: “Jemput datang tapi tak bagi masuk” itu tular di TikTok.

@lanchemical

Steady @syokibb @Sophian Mohd Zain #anakmakcikkemboja #makcikkemboja #hutangharusdibayar #melayumalas #lanchemical

♬ original sound – لن كيميكل – لن كيميكل