Anak makcik Kemboja, Ezuan telah tampil meminta maaf secara ikhlas kerana tindakannya membuat video provokasi kepada bekas pekerja syarikat ibunya.

Di mana dalam video itu Ezuan telah mengeluarkan kata kata makian dan kesat, mencabar bekas pekerja tersebut bersemuka dengannya secara berdepan, kerana dia tak takut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan bekas pekerja itu telah datang sendiri ke kilang seperti diminta Ezuan namun pagar kilang bertutup dan Ezuan tidak keluar untuk berjumpa.

Anak Mak Cik Kemboja Tutup Pagar Selepas Individu Dicabarnya Datang Nak Bersemuka

Berbalik kepada video penuh dengan amarah Ezuan tersebut telah tular. Kini anak makcik Kemboja itu tampil dengan permohonan maaf terbuka ditujukan kepada rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu.

“Saya dengan rendah hati dan terbuka hati memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu, sekiranya video perbalahan saya dengan bekas pekerja menimbulkan lebih banyak spekulasi dan fitnah. Memang ianya fitnah.”

“Saya minta maaf sangat sangat. Saya bukannya apa, saya buat video itu pun, saya tak ada membela mana mana syarikat atau ibu saya.”

“Saya cuma mahu menyelesaikan perkara itu secara profesional sahaja bersama dengan individu tersebut, yang telah mengugut saya di video video [dia] sebelum saya membalas, itu sahaja.”

“Tetapi saya akui kesilapan saya, dan saya akan bertindak lebih matang selepas ini, minta maaf sangat sangat.”

“Kita berharap, hentikanlah perkara ini, itu sahaja.”