Makcik Kemboja yang sebelum ini menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana melabel Melayu malas telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Makcik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah binti Yaakob memohon maaf di atas kekhilafannya yang telah mengguris hati ramai pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi satu sidang akhbar yang dikongsikan oleh Harian Metro, Makcik Kemboja berkata: “Assalamualaikum wbt kepada semua, seluruh rakyat Malaysia dan rakyat negeri Johor.”

“Tujuan saya panggil wakil media datang, kerana saya nak buat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak saya Mariyah binti Yaakob dan pihak syarikat juga. Itu sahajalah yang saya nak cakap.”

“Saya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh bangsa Melayu dan warga kemboja yang terguris dengan kata kata saya. Saya pun memohon maaf.”

“Saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada seluruh bangsa Melayu yang selama ini sokong perniagaan saya selama ini, menyokong produk saya. Maafkan saya.”

Seterusnya makcik Kemboja menjelaskan bahawa apa yang dia muat naik di media sosial adalah untuk konten semata mata dan dia tak pernah berniat untuk menghina bangsa lain.

Sambil menjelaskan kontennya tempoh hari adalah berbentuk konten motivasi yang telah disalah erti. Namun dia tetap mengakui khilafnya kerana menyentuh soal bangsa.”

“Apa sahaja video saya yang tular di media sosial, staf saya sendiri tahu semuanya hanya semata mata konten.”

“Cuma pasal bangsa itu lah, ada kekhilafan saya di situ.”

“Sejujurnya jauh di sudut hati saya, tak ada, sedikit pun ada di dalam hati saya nak menghina mana-mana bangsa. Seratus peratus untuk motivasi.”

“Kalau tengok video itu habis sekalipun, ada saya cakap, jangan marah, gurau…”

“Dan saya nak berikan motivasi, sama dengan sebelum sebelum ini. Lebih kepada motivasi.”

“Pada saya, kita semua ada khilaf, dan kali ini khilaf saya.”

Makcik Kemboja menjelaskan dia telah belajar ilmu sangat berharga di atas apa yang telah berlaku agar menjadi lebih matang dan lebih berhati hati.

“Banyak benda yang saya belajar daripada apa yang berlaku sekarang ini,” tuntas dia lagi.

Berkenaan dengan beberapa isu dan dakwaan lain seperti pekerja tidak dicarum dengan KWSP dan Perkeso, Makcik Kemboja meminta mereka yang ada masalah tersebut tampil sendiri membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja.