Pada 25 Oktober 2023, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya, Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.
Dalam satu temu bual bersama MStar, Datuk Red mendedahkan bahawa sudah lima tahun tidak memiliki pendapatan selepas diisytiharkan muflis dan juga terpaksa menumpang belas ihsan isterinya.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
@buletin.tikt0k credit : youtube mstaronline #fyp #berandafyp #berandatiktok #bikinpanas
“Tidak kisahlah orang kata saya macam biawak hidup, memang betul keadaan saya begini. Tambah lagi bila kenang sudah dekat hari raya.
“Saya kenang anak-anak, malu belakang kira. Anak-anak minta baju raya, tak akan saya nak minta Adira sedangkan saya sebagai bapa masih sihat lagi. Saya sudah janji dengan anak-anak saya untuk belikan mereka baju raya.
“Baru-baru ini, nak beli juadah berbuka puasa untuk anak pun saya tiada duit. Datin Red (isteri pertama) ada urusan di hospital dan minta saya uruskan anak-anak, kebetulan saya tiada duit langsung.
“Anak saya tiga orang berpuasa. Saya kemudian mesej Adira (isteri kedua), alhamdulillah dia bagi saya RM100 untuk pinjam.” ujar Datuk Red.
Kini, dia terdesak untuk mencari pekerjaan untuk menjana pendapatan demi membeli barangan dan keperluan anak-anaknya menjelang aidilfitri.