Keputusan seri 0-0 menentang Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan H Piala Dunia 2026 bukan sekadar satu kejutan, tetapi ia adalah satu tamparan hebat yang menyedarkan Luis de la Fuente.

Walaupun menguasai 74% pegangan bola dan melakukan 734 hantaran, Sepanyol gagal mencari jalan keluar. Ini bukan lagi isu ‘nasib tak baik’, tetapi masalah taktikal yang perlu dibedah siasat.

Berikut adalah 4 masalah utama yang dikesan dalam sistem taktikal Sepanyol, yang membuatkan mereka kelihatan ‘tumpul’ di hadapan gawang:

1. Keterasingan ‘Target Man’ (Isolation) – Mikel Oyarzabal Tersekat!

Tidak pasti sama ada masalah sistem atau masalah pemain itu sendiri. Kerana sepanjang 30 minit tak ada satu sentuhan pun. Kalau pun masalah sistem, sekali dua pun masih boleh dapat bola.

Jadi disimpulkan di sini, ianya lebih kepada masalah Oyarzabal itu sendiri lebih daripada sistem yang turut bergelut.

Statistik paling ‘ngeri’ dalam perlawanan ini adalah Mikel Oyarzabal tidak menyentuh bola langsung dalam 30 minit pertama perlawanan.

Ini bukan kebetulan. Dalam sistem 4-3-3 De la Fuente, Oyarzabal sepatutnya menjadi ‘reference point’ di bahagian serangan, namun dia terputus hubungan dengan unit tengah dan sayap.

Cape Verde menggunakan sistem 4-5-1 kadangkala kadi 5-4-1 untuk memastikan sekurang kurangnya 9 pemain di belakang bola, yang sangat kompak, membentuk ‘defensive block’ yang ketat.

Mereka menutup ruang di antara garisan (between the lines) atau zon 14 dengan begitu efisien. Dan memaksa Sepanyol untuk menolak bola banyak ke horizontal dan menutup passing lane untuk hantaran vertikal.

Analisis: Penyerang 'Isolated' Antara 4 Masalah Utama Dalam Taktikal Sepanyol Ketika Diikat Cape Verde
Pertahanan kompak Cape Verde

Tanpa sokongan ‘inverted winger’ yang masuk ke dalam untuk menarik keluar bek tengah lawan, Oyarzabal terkepung dan ‘ditelan’ bulat-bulat oleh benteng pertahanan Cape Verde yang sangat disiplin.

Dia tidak dapat menerima bola di posisi berbahaya, apatah lagi untuk melakukan ‘link-up play’ dengan rakan sepasukan.

De La Fuente tidak mengesan masalah ini kerana dia menggunakan skema serangan sehingga 6 penyerang dalam sistem yang membentuk ultra offensive 1-3-6, 3-2-5 atau 2-3-5.

Sepanyol
Sepanyol 1-3-6

Dia fokus kepada pertarungan numerical untuk memastikan setiap pemain membentu 1 v 1 dengan garisan rendah pertahanan Cape Verde.

Analisis: Penyerang 'Isolated' Antara 4 Masalah Utama Dalam Taktikal Sepanyol Ketika Diikat Cape Verde
Sepanyol 3-2-5

Pergerakan itu ada wujud, hantaran itu juga banyak dilakukan, namun ada 2 masalah. Pertamanya tak cukup laju, keduanya tak cukup penetratif dari segi killer pass atau gerakan.

2. Ketumpulan Luar Biasa & Pembaziran xG

Ini adalah penyakit sangat kronik. Sepanyol mencatatkan 2.29 xG (Expected Goals) dengan 27 percubaan, namun hanya 7 yang tepat ke sasaran. Ini menunjukkan masalah kualiti penyelesaian akhir yang kritikal.

Ferran Torres dan Oyarzabal melepaskan beberapa peluang ‘big chances’ yang sepatutnya menamatkan saingan lebih awal. Ini bukan lagi isu ‘kurang bernasib baik’, tetapi kegagalan fundamental dalam menukar peluang kepada gol.

Masalah ini bukan baru; Sepanyol kini telah melepaskan 49 percubaan tanpa menjaringkan sebarang gol dalam aksi Piala Dunia (termasuk edisi 2022).

Kegagalan menukar dominasi kepada gol adalah penyakit kronik yang gagal diubati walaupun selepas era Luis Enrique. Dominasi bola tanpa ancaman nyata di depan gawang adalah sia-sia.

3. Ketiadaan Ancaman 1v1 di Sayap

‘Lack of dribbling threat’ juga menjadi satu sebab kenapa mereka tak mampu memecahkan blok rendah Cape Verde dengan lebih baik.

Ini memaksa De La Fuente menukar perancangan awalnya di mana dia mahu merehatkan Lamine Yamal dan Nico Williams, kerana baru sahaja pulih.

Sebelum kemasukan Lamine Yamal di separuh masa kedua, Sepanyol terlalu bergantung kepada ‘positional interchange’ dan hantaran lintang yang boleh diramal.

Tanpa pemain yang mampu memenangi situasi 1v1 secara konsisten, bek sisi Cape Verde tidak merasa terancam untuk keluar dari posisinya.

Apabila Yamal masuk, barulah wujud sedikit ‘chaos’ dalam pertahanan lawan. Keupayaan Yamal untuk melakukan ‘dribbling’ dan memecah garisan pertahanan lawan memberikan dimensi baru.

Analisis: Penyerang 'Isolated' Antara 4 Masalah Utama Dalam Taktikal Sepanyol Ketika Diikat Cape Verde

Namun, Cape Verde bertindak bijak dengan melakukan ‘double-up’ ke atas pemain remaja tersebut, memaksa Sepanyol kembali ke corak hantaran sisi yang membosankan dan mudah dibaca.

Selain itu, Lamine Yamal jelas tidak berada di kondisi terbaiknya. Ini membolehkan mereka mengekalkan ‘defensive shape’ yang padat dan sukar ditembusi.

Satu lagi perkara yang De La Fuente mungkin terkejut adalah, kualiti pemain Cape Verde ketika bertahan selain prestasi luar biasa penjaga gol.

cape verde vozinha
Foto:

Hari ini ramai membincangkan kehebatan Vozinho yang beraksi luar biasa, tanpa sedar bahawa seni bertahan Cape Verde adalah ‘another level’.

Vozinha: 40 Tahun, Satu Debut Piala Dunia Dan Sebuah Kisah Tentang Kesabaran

Sepanjang 90 minit mereka hanya melakukan satu kekasaran, dan selainya adalah bentesan bersih. Dalam penguasaan bola hanya 26%, ini sesuatu yang luar biasa. Kerana biasanya pasukan yang bermain ultra defensive akan melakukan banyak terjahan yang membawa kepada foul di kawasan bahaya atau penalti.

4. Circulation Bola yang Statik dan Kualiti Hantraran Lemah

Walaupun Rodri turun jauh ke bawah untuk membentuk ‘back three’ ketika fasa binaan (build-up) bagi membolehkan bek sisi naik tinggi, sirkulasi bola Sepanyol terlalu perlahan dan mendatar.

Mereka melakukan banyak hantaran ‘safe’ yang tidak memecahkan blok pertahanan lawan. Ini adalah ‘passing carousel’ yang cantik, tetapi tanpa tujuan yang jelas untuk mencipta ruang atau ancaman.

Seperti dinyatakan di perenggan di atas, mereka tak banyak killer pass atau penetrative passes.

Cape Verde hanya melakukan satu kekasaran sepanjang 90 minit, membuktikan bahawa hantaran Sepanyol tidak cukup ‘mengancam’ untuk memaksa pemain lawan melakukan kesilapan atau terjahan lewat.

Mereka bertahan dengan zon, dan Sepanyol gagal memanipulasi zon tersebut untuk mencipta ‘overload’ atau ‘numerical superiority’ di kawasan berbahaya.

Kesimpulan

Sepanyol memiliki kualiti teknikal yang tidak dapat dinafikan, tetapi mereka kekurangan ‘verticality’ dan ketajaman di zon serangan.

Jika De la Fuente gagal mencari formula untuk memecahkan ‘low block’ yang disiplin seperti ini, status mereka sebagai antara pilihan juara akan terus dipersoalkan.

Selain itu, ketiadaan pilihan untuk target main bagi plan B juga ketara. Sebelum ini mereka ada pemain seperti Morata yang boleh menukar gaya permainan berasaskan target man. Semalam jelas mereka bergantung kepada Mikel Merino yang false 9.

Merino banyak bermain peranan itu di Arsenal musim ini, itulah sebabnya De La Fuente mahukan dia melakukan perkara yang sama.

Bola sepak moden memerlukan lebih daripada sekadar penguasaan bola; ia memerlukan keupayaan untuk memecah pertahanan lawan dengan kreativiti dan efisiensi.

Sepanyol juga harus berasa lega kerana Cape Verde kurang kualiti dalam serangan. Jika tidak, mereka mungkin boleh dihukum lebih teruk. Kehilangan 2 mata untuk Sepanyol, dan kejayaan curi 1 mata oleh Cape Verde.