Dalam aksi pertama Piala Asia 2023, Malaysia bertemu Jordan dan memilih bermain high pressing.

Ianya satu pemilihan taktikal yang berani dibuat Harimau Malaya kali ini. Kerana mereka pernah melakukan perkara yang sama berdepan pasukan di ranking lebih baik daripada mereka seperti India, China dan Republik Kyrgyz.

Baca Juga:

Malaysia turun dengan sistem 3-4-3 dalam perlawanan ini. Meletakkan Junior Eldstal, Dion Cools dan Matt Davies di pertahanan akhir.

Jordan pula bermain dengan sistem 4-2-3-1. Dengan Al Mardi dan Al Tamari di bahagian sayap. Yazal Al Arab pula berada di no.9.

Malaysia bermain dengan sistem high pressing lawan Jordan

Kim Pan Gon bermain dengan sistem biasa pasukan Malaysia iaitu cuba menekan lawan di garis tinggi.

Kesungguhan itu ditunjukkan sejak awal perlawanan. Walaupun mereka beberapa kali terperangkap ketika diserang balas oleh lawan.

Malaysia segera cuba menekan lawan mereka di kawasan tinggi di atas padang menerusi sistem high pressing ini. Namun blok tekanan itu selalu dengan mudah diatasi Jordan dengan gaya permainan tenang dan mudah.

Jordan bermain dengan gaya bola sepak mudah. Mereka melepasi blok tekanan Malaysia, melakukan hantaran segera ke sayap dan kemudian manceroboh masuk ke kotak penalti.

Pertahanan Malaysia berterabur

Matt Davies menjadi lubuk kepada serangan Jordan. Davies yang bukan natural center back, gagal untuk bermain baik.

Gol pertama Jordan jelas sekali kerana ianya world class gol.

Tetapi kemudian Davies memberikan penalti kerana lazy defending beliau.

Seterusnya Junior Eldstal bergelut dengan kepantasan Jordan. Dia dilihat bagus dalam aerial duel. Namun untuk ground duel jelas sekali Eldstal tidak memiliki keupayaan.

Selain itu dia juga tidak memiliki pembacaan perlawanan yang baik. Dia memainkan peranan Libeiro dalam sistem bek bertiga.

Di bahagian tengah pula, Wilkin dan Afiq Fazail tidak memberikan perlindungan yang baik kepada garisan pertahanan bawah.

Di bahagian pertahanan sayap, Arif Aiman gagal untuk membentuk rantaian pertahanan lebih baik dan meninggalkan ruang besar.

Di sini Dion Cools cuba memerangkap pemain lawan agar ofsaid. Tetapi sayangnya disiplin pertahanan Arif Aiman, tidak cukup bagus dan membolehkan pemain kekal onside.

Isu zonal marking ketika diserang balas sekali lagi menjadi isu. Perkara ini bukan perkara baru sebenarnya.

Analisis Malaysia vs Rep Kyrgyz: Penyudah Tajam Selamatkan Masalah Zonal Marking

Jordan pastikan ‘game over’ 45 minit

Jordan memastikan perlawanan ini dibunuh segera pada separuh masa pertama.

Mereka mendapat gol ketiga sebelum masuk ke ruang ganti. Dengan kelebihan 3 gol yang mereka ada masuk ke separuh masa kedua, maka mereka lebih memfokuskan untuk tidak bolos.

Jordan selepas ini akan berdepan dengan 2 lagi pasukan yang lebih kuat. Jadi amat penting mereka menamatkan perlawanan ini tanpa lebih banyak kecederaan.

Walaupun Jordan mengurangkan tempo permainan mereka. Dan membenarkan Malaysia lebib banyak memegang bola, namun Jordan tetap ada kemampuan untuk mendapatkan gol dengan sistem itu.

Sekali lagi, simplicity dalam bola sepak mereka diterjemahkan dengan baik. Melakukan fast break attack, segera masuk ke sepertiga akhir dan melakukan percubaan.

Gol keempat adalah dihasilkan dengan keyakinan sangat tinggi oleh pemain mereka bahawa setiap serangan mereka akan menjadi gol.

Rumusan

Pendekatan Kim Pan Gon yang terlalu berani telah membawa padah. Ianya perkara biasa dalam bola sepak. Ibarat dalam dunia perniagaan. Risiko yang tinggi boleh memberikan hasil yang tinggi.

Tetapi ia juga boleh memberikan impak atau kerugian yang besar. Kali ini kita bercakap tentang melawan pasukan di ranking ke-85 dunia. Kim Pan Gon memberikan kepercayaan kepada para pemainnya bahawa mereka boleh bermain dengan sistem yang mereka mainkan selama ini.

Ada banyak benda yang tak kena kali ini. Bukan sahaja dari segi risiko taktikal yang dipilih, perlaksanaan kepada taktikal itu sendiri lebih mustahak.

Bak kata Ange Postecoglou: “Kita harus sentiasa berpegang kepada prinsip yang kita percaya. Walaupun bermain dengan 5 pemai sekalipun, itulah cara kita bermain selagi lagi saya adalah pengurus.”

Pemain gagal menterjemahkan apa yang mereka cuba lakukan. Kawalan bola kerap bermasalah, pemain tidak dapat membentuk permainan kombinasi di semua koridor.

Dari sudut ini, ia bukan sahaja isu taktikal tetapi teknikaliti juga.