Malaysia tewas sekali lagi di dalam kempen Piala Asia 2023 dan kali ini di tangan Bahrain, dan ini adalah analisis taktikal kami.

Jaringan tunggal Ali Madan pada masa kecederaan meranapkan impian Malaysia untuk mara ke pusingan kalah mati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini adalah penilaian kami dengan taktikal Kim Pan Gon kali ini.

Pendekatan lebih baik

Jika perlawanan pertama Malaysia bermain terlalu terbuka dan cuba menyakitkan lawan yang lebih baik dengan high tempo press.

Kali ini pendekatannya lebih pragmatik dan lebih berdisiplin. Dalam aksi pertama Kim Pan Gon meletakkan 3 pemain bek tengah dari kalangan bukan pemain yang prime position mereka bek tengah.

Dan kali ini menolak Davies ke bek sisi serta kemasukan Dominic Tan dan Shahrul Saad memberikan kestabilan lebih baik berbanding meletakkan Davies di bek tengah dengan Junior Eldstal sebelum ini bersama Dion Cools.

Kim Pan Gon menggunakan sistem permainan yang mementingkan kestabilan di belakang dahulu berbanding yang lain.

Bermakna, settle down dulu di bawah baru boleh membina permainan di serangan.

Bahrain berdepan kesukaran untuk menembusi gawang Malaysia kerana pertahanan Malaysia kali ini lebih agresif dan kompak di zon lebih rendah.

Ini antara struktur dengan chain of 5 dilindungi lagi dengan 2 pemain dari lapisan tengah. Ianya sangat kompak dan tidak ada pemain yang ball watching seperti sebelum ini.

Kehadiran Syamer Kutty Abba membantu Wilkin di tengah telah meningkatkan kekentalan Malaysia ketika bertahan. Mereka menjadi double pivot dalam perlawanan ini.

Syamer yang mengutip kad kuning – mungkin itu alasan dia dikeluarkan – telah meninggalkan ‘kekosongan’ tersendiri. Kerana kehadiran Natxo Insa tidak begitu kental secara defensif.

Di mana Natxo cepat shut down dalam beberapa situasi. Lihat bagaimana dia shut down di sini.

Dan dia menyedari bahawa pemain di hadapannya mampu memberikan ancaman daripada ruang di hadapannya. Ketika dia cuba berlari dia sudah tidak memiliki momentum sama ada untuk mengejar lawan atau mengisi ruang.

Serangan balas kurang berkesan

Malaysia tidak memiliki ketajaman dalam serangan balas. Ada beberapa momen Malaysia menyerang balas. Namun hasilnya ketika sampai di sepertiga akhir adalah menghampakan.

Ini adalah satu satunya senjata ampuh yang Malaysia miliki untuk menyakiti Bahrain dalam perlawanan ini.

Ini adalah contoh di mana Paulo Josue tidak terus merembat masuk hantaran yang diterimanya. Sebaliknya memutuskan untuk melakukan sentuhan tambahan dahulu dan akhirnya kehilangan bola pada detik akhir.

Ianya mungkin kerana dia tak cukup yakin untuk melakukan first time shot.

Pemain  masih ada isu dengan gugup dan gagal membuat keputusan cepat. Selain itu sistem sokongan juga tidak begitu cepat hadir dari bawah atau depth.

Sistem permainan Bahrain

Analisis sistem Bahrain pula, mereka bermain dengan sistem berasaskan 4-2-3-1 ketika menentang Malaysia. Bermakna mereka cuba membentuk unit yang sangat ramai ketika berada di kotak penalti Malaysia.

Kim Pan Gon kali ini tidak berisiko dengan sistem zonal marking. Sebaliknya mengarahkan pemainnya bermain lebih kepada man marking.

Lihat Di sini, bagaimana pemain pemain Malaysia ‘memilih’ pemain untuk mereka kawal berdasarkan situasi.

Bahrain bergelut dengan kreativiti dalam perlawanan ini. Mereka tidak banyak menghadirkan ancaman di dalam kotak penalti.

Mereka terpaksa menunggu sehingga ke masa kecederaan untuk mencetak gol kemenangan.

Rumusan

Ianya permainan lebih baik daripada aksi pertama. Cuma karakter di serangan itu perlu lebih kuat seperti sebelum kita hadir ke Piala Asia ini.

Secara berpasukan, Malaysia lebih bermain sebagai pasukan berbanding sebelum ini.

Kekalahan ini agak pedih kerana ianya berlaku pada masa kecederaan.