Debaran semakin dirasakan untuk melihat undian Piala Dunia 2026 yang akan diadakan pada awal pagi Jumaat nanti (waktu Malaysia).
Piala Dunia 2026 bakal menjadi antara kejohanan paling penting dalam sejarah bola sepak pada tahun hadapan.
Baca Juga:
- Piala Dunia 2026: VAR Mungkin Dapat Kuasa Tambahan Untuk Elak 2 Kesilapan Ini

- Senarai Lengkap Format & Keputusan Undian Play-Off Piala Dunia 2026

- Senarai Antara Nama Besar Yang Gagal Ke Piala Dunia 2026 (Bahagian 1)

Dengan format baharu melibatkan 48 pasukan serta perlawanan yang berlangsung di beberapa negara tuan rumah, seluruh dunia bakal menanti untuk melihat siapa yang akan menjulang trofi berprestij itu.
Selain daripada aksi play-off yang menarik untuk dinantikan, perhatian turut beralih kepada majlis undian Piala Dunia.
Undian Piala Dunia 2026
Tarikh: 5 Disember 2025
Tetapi jangan keliru, sekiranya mengikut waktu dan tarikh di Malaysia, majlis undian tersebut akan diadakan pada 1.00 pagi Sabtu bersamaan 6 Disember 2025.
Pembahagian Balang Dalam Undian Piala Dunia 2026
Majlis undian untuk Piala Dunia pertama yang menampilkan 48 pasukan akan menggunakan empat balang (pot) dengan setiap balang mengandungi 12 pasukan.
Pot 1 akan menempatkan tiga negara tuan rumah iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico yang telah ditetapkan awal ke kumpulan masing-masing dimana USA di D1, Kanada di B1 dan Mexico di A1 mengikut jadual perlawanan yang diumumkan tahun lalu.
Pot ini turut akan dilengkapkan dengan sembilan pasukan teratas dalam ranking FIFA.
Pot 2 hingga Pot 4 pula akan menempatkan 36 pasukan seterusnya berdasarkan ranking FIFA. Pot-pot ini juga akan memasukkan placeholder untuk enam pasukan yang belum mengesahkan kelayakan.
Menjelang hari undian, 42 daripada 48 pasukan sudah pun diketahui. Enam slot terakhir akan diisi melalui perlawanan play-off yang dijadualkan berlangsung pada Mac 2026
Senarai Penuh Pot Undian Piala Dunia 2026
Pot 1
1) Amerika Syarikat (D1)
2) Kanada (B1)
3) Mexico (A1)
4) Sepanyol
5) Argentina
6) Perancis
7) England
8) Brazil
9) Portugal
10) Belanda
11) Belgium
12) Jerman
Pot 2
1) Croatia
2) Maghribi
3) Colombia
4) Uruguay
5) Switzerland
6) Jepun
7) Senegal
8) Iran
9) Korea Selatan
10) Ecuador
11) Austria
12) Australia
Pot 3
1) Norway
2) Panama
3) Mesir
4) Algeria
5) Scotland
6) Paraguay
7) Tunisia
8) Ivory Coast
9) Uzbekistan
10) Qatar
11) Arab Saudi
12) Afrika Selatan
Pot 4
1) Jordan
2) Cape Verde
3) Ghana
4) Curacao
5) Haiti
6) New Zealand
7) Pemenang Play-Off UEFA
8) Pemenang Play-Off UEFA
9) Pemenang Play-Off UEFA
10) Pemenang Play-Off UEFA
11) Pemenang FIFA Play-Off Tournament
12) Pemenang FIFA Play-Off Tournament