Ange Postecoglou tidak berkenan apabila seorang wartawan cuba meletakkan sebahagian kesalahan kekalahan Al Nassr kepada Cristiano Ronaldo.
Al Nassr tewas kepada Al Ain dalam perlawanan terbaru mereka, sebelum wartawan berkenaan membandingkan prestasi pasukan ketika Ronaldo tidak beraksi dengan ketika kapten Portugal itu berada dalam kesebelasan utama.
Menurut wartawan tersebut, Al Nassr bermain lebih cantik dan memenangi lebih banyak perlawanan tanpa Ronaldo.
Wartawan tersebut berkata: “Al Nassr tidak banyak beraksi tanpa kapten dan legenda, Cristiano Ronaldo. Namun dalam tempoh itu Al Nassr lebih banyak kemenangan dan bermain lebih cantik.”
Wartawan itu mempersoalkan, adakah status legenda Ronaldo membuatkan Ange Postecoglou tak berani mengggugurkannya. Sambil wartawan tersebut menyalahkan Ronaldo sebagai punca kekalahan Al-Nassr baru baru ini
Postecoglou kemudian tampil mempertahankan Ronaldo dan mengingatkan supaya kritikan terhadap pemain berusia 41 tahun itu dibuat dengan lebih berhati hati.
“Cristiano masih menjalani latihan dan sudah membuat persiapan. Ini bukan soal mata. Para pemain memberikan segala-galanya, termasuk pemain pemain utama, dan mereka menunjukkan karakter yang hebat.
Ange Postecoglou really didn't like how a journalist was trying to pin the blame on Cristiano Ronaldo after Al Nassr's loss against Al Ain…😖
🗣 Journalist:
“Al Nassr, without their captain and legendary player Cristiano Ronaldo, played fewer matches, and they were playing…
— The Nassr Tribune™️ (@AlNassrTribune) September 15, 2026
“Tanggungjawab itu satu perkara, tetapi kamu tidak sepatutnya berkata begitu tentang seseorang yang masih menjadi contoh kepada semua orang.
“Kamu perlu berhati hati apabila bercakap tentang seseorang yang telah membina kariernya dengan membuat segala pengorbanan demi menjadi contoh kepada anak anak.
“Dia adalah seseorang yang membina dirinya sendiri dan membina namanya sendiri,” kata Postecoglou.
Kenyataan itu jelas menunjukkan Postecoglou tidak bersetuju dengan usaha untuk menjadikan Ronaldo sebagai punca kepada masalah Al Nassr selepas kekalahan tersebut.