Sejarah bakal tercipta apabila pemimpin de facto Arab Saudi, baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai potensi menjalin hubungan bersejarah dengan Israel yang dikatakan ‘semakin hampir’.

Kenyataan yang mengundang pelbagai respon ini telah mendapat perhatian di kalangan pemimpin dan juga rakyat khususnya umat Islam seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mengulas dengan lebih lanjut, Putera Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menerusi sebuah temu bual dengan Fox News telah menolak dakwaan Arab Saudi menangguhkan rundingan dengan Israel, yang diselaraskan oleh Amerika Syarikat.

Sumber: Al-Aawsat

Kenyataan yang mengundang pelbagai respon ini telah mendapat perhatian di kalangan pemimpin dan juga rakyat khususnya umat Islam seluruh dunia. Sementara itu, Arab Saudi mahu isu melibatkan Palestin diselesaikan terlebih dahulu.

Tegasnya, kerajaan Arab Saudi mahu melihat kemajuan dalam rundingan damai Palestin, manakala kerajaan haluan kanan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, masih melaksanakan dasar penuh kontroversi di Tebing Barat yang diduduki.

“Bagi kami, isu Palestin adalah sangat penting. Kita perlu selesaikan bahagian itu. Kita perlu meringankan kehidupan rakyat Palestin,” katanya.

Kedua-duanya, Israel dan Arab Saudi serta negara Arab lain, berkongsi permusuhan bersama terhadap Iran, sebuah negara berfahaman Syiah dan sering menyaingi Arab Saudi.

Dalam temu bual yang sama, Putera Mahkota yang lebih dikenali dengan singkatan MBS itu turut memperbaharui amaran bahawa negaranya akan membangunkan senjata nuklear jika Iran melakukannya.

Mohammed bin Salman bersama Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Sumber: The Guardian

Arab Saudi difahamkan turut mendapat jaminan keselamatan, termasuk dilaporkan perjanjian dengan Amerika Syarikat sebagai balasan untuk menjalin hubungan dengan Israel, satu-satunya kuasa nuklear di rantau itu walaupun ia tidak diisytiharkan.

Mohammed bin Salman juga mengulas mengenai kemungkinan mewujudkan pakatan keselamatan, dengan merujuk kepada hubungan Arab Saudi-AS selama lapan dekad yang sudah pasti akan ‘menguatkan’ kerjasama ketenteraan dan ekonomi.