Arab Saudi akan mengambil bahagian dalam acara ratu cantik Miss Universe buat julung kalinya untuk edisi 2024.
Rumy Alqahtani, 27, berasal dari Riyadh akan mewakili negara tersebut dalam pertandingan ratu cantik. Rumy seorang pempengaruh media sosial dari Arab Saudi menyatakan dia sangat berbangga mewakili negaranya sebagai peserta sulung untuk acara itu.
Baca Juga:
- Taman Tema Dragon Ball Pertama Di Dunia Bakal Dibina Di Arab Saudi
- Mohammed Bin Salman Larang Rakyat Arab Saudi Buka Puasa Di Masjid, Ini Alasannya
- Arab Saudi Rancang Mahu Jadikan Kawasan Ini Sebagai ‘Syurga Alkohol’
Rumy berkata: “Saya berbesar hati untuk menyertai Miss Universe 2024. Ini adalah menandakan penyertan pertama Negara Arab Saudi dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe.”
Dia menulis status tersebut di Instagram miliknya.
Rumy mengikut jejak langkah Lujane Yacoub, yang menjadi perserta pertama dari Bahrain bertanding dalam Miss Universe tahun lalu – yang juga menjadi wanita pertama dari rantau teluk untuk melakukannya.
Tahun lalu Miss Universe turut menyaksikan penyertaan 2 wanita trans buat pertama kali dan wanita berbadan gempal dari Nepal turut bertanding.
Seperti diketahui Arab Saudi sentiasa ada perasaan tidak mahu kalah kepada negara seperti Bahrain mahupun beberapa negara Arab yang lain.
Rumy Alqahtani mewakili Arab Saudi setelah dia memenangi pertandingan Ratu Timur Tengah, Ratu Keamanan Arab 2021, serta Ratu Wanita Arab Saudi.
Dia pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang pergigian. Sangat fasih berbahasa Inggeris, Perancis dan sudah tentunya Arab.
Putera Mahkota Mohammed bin Salman Al Saud terus membuat beberapa revolusi di negaranya. Sebelum ini Mohammed Bin Salman sudah berikrar mahu menjadikan Arab Saudi sebagai negara yang lebih terbuka dan bertekad mahu mengubah kehidupan sosial dan ekonomi negara itu.
Antara acara yang dianjurkan termasuk acara konsert, acara Riyadh Season, acara sukan yang boleh dihadiri oleh lelaki dan wanita. Selain itu wanita boleh membuat pasport tanpa perlukan penjamin daripada ibu bapa atau penjaga.
Arab Saudi turut membida Piala Dunia 2034. Seperti dinyatakan di atas mereka memang seringkali tercabar dengan pencapaian jiran mereka. Kejayaan Qatar menganjurkan Piala Dunia 2022 yang lalu membuatkan Arab Saudi lebih gigih mahu menjadi penganjur.
Arab Saudi juga menjadi tempat konsert artis antarabangsa termasuk BTS, Post Malone, dan Mariah Carey. Media di Barat pula menuduh Arab Saudi membuka pintu kepada orang luar sebagai langkah untuk ‘menyucikan’ imej mereka yang calar kerana dikaitkan dengan kurang hak asasi kemanusiaan.