Siapa di sini peminat Dragon Ball? Pastinya ini berita baik untuk peminat siri manga dan anime tersebut kerana taman tema Dragon Ball akan dibina tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan anda, taman tema Dragon Ball pertama di dunia itu akan dibina di Arab Saudi tidak lama lagi dan pastinya peminat akan teruja.

Baca Juga:

Menariknya, taman tema itu akan dibina di kawasan seluas 500,000 meter persegi dan bakal mengetengahkan pelbagai struktur berdasarkan peta dan lokasi ikonik dalam anime tersebut seperti Kame House, Capsule Corporation dan Planet Beerus.

Malah, para pengunjung juga dapat menyertai pengembaraan Son Goku dan pelbagai aktiviti interaktif dapat dirasai apabila taman tema tersebut siap kelak.