Arab Saudi nampaknya bersiap sedia untuk berubah dalam industri pelancongan dengan baru-baru ini negara itu membenarkan pengedaran minuman beralkohol dan berbikini di bandar megafuturistik baharu bernama Neom.

Ini adalah usaha Arab Saudi untuk menarik pelancong asing dan menyokong kehadiran usahawan antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Neom, yang terletak di pulau Laut Merah Sindalah, akan menjadi wilayah kepada pusat peranginan pantai yang dirancang untuk dibuka pada 2023.

Langkah itu adalah sebahagian daripada transformasi besar yang dijalankan di bawah pimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS).

Dengan membuka pintu kepada minuman beralkohol dan fesyen kontroversi seperti bikini, Saudi berharap dapat menarik perhatian pelancong global dan menyokong ekosistem ekonomi yang berkembang pesat di rantau ini.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), resort Neom bakal menawarkan kemudahan seperti bar wain premium, bar koktel dan champagne serta bar pencuci mulut.

Sementara itu, resort itu juga memasarkan gambaran yang menunjukkan adegan wanita berbikini dan lelaki tidak berbaju, menggariskan hasrat resort itu untuk menjadi destinasi ultra-mewah yang mampu menarik orang berpengaruh di dunia.

Andrew McEvoy, Ketua Pelancongan Neom, menyatakan bahawa satu peraturan akan diselaraskan bagi menarik warga asing bekerja dan tinggal di sana.

Bagaimanapun, wakil Neom dan kerajaan Saudi belum memberikan pengesahan rasmi berhubung perubahan ini.

Isu minuman beralkohol sebelum ini menjadi topik kontroversi di Arab Saudi, dan pada bulan Mei tahun lalu, Saudi menafikan sebarang perubahan ketara dalam dasar mereka.

Puteri Haifa binti Mohammed al-Saud, Pembantu Menteri Pelancongan, mengesahkan bahawa Neom akan kekal tertakluk kepada kedaulatan Arab Saudi, tetapi akan mempunyai undang-undang ekonomi khas.

Pada masa ini, orang ramai dan pemain industri sedang menunggu pengesahan rasmi berhubung perubahan dasar ini, manakala spekulasi mengenai kesannya terhadap imej dan budaya Arab Saudi terus hangat diperkatakan.

Sumber