Argentina meneruskan kecemerlangan di pentas antarabangsa apabila muncul sebagai juara Copa America 2024 selepas menewaskan Colombia 1-0 pada aksi final hari ini.

Ini adalah kejuaraan terbesar kedua mereka berturut-turut selepas menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, kejayaan mereka tidak hadir dengan mudah apabila dipaksa bekerja keras sehingga diheretkan ke masa tambahan selepas terikat tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit  perlawanan.

Sebelum itu, sepak mula aksi final juga ditangguh selama 30 minit kerana kekecohan penyokong di luar stadium.

Malah, hasrat Lionel Messi untuk beraksi lebih lama dalam perlawanan itu tidak kesampaian apabila beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke 65.

Bintang Argentina itu mengerang kesakitan di bahagian peha ketika bertembung dengan pemain Colombia, Luis Diaz pada minit ke 64.

Namun, ketiadaan Messi tidak menjadi penghalang kepada Argentina untuk terus mengandakan asakan ke kubu lawan.

Lautaro Martinez muncul wira selepas merembat masuk gol kemenangan pada minit ke 112 sekaligus mengembirakan ribuan penyokong yang hadir di Stadium Hard Rock.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan ini adalah kejuaraan ke 16 mereka dalam sejarah kejohanan Copa America.