Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez akhirnya bersuara mengenai kontroversi yang tercetus selepas kekalahan Argentina kepada Sepanyol dalam aksi final Piala Dunia 2026.

Pertahanan tengah itu menolak dakwaan bahawa skuad Argentina menunjukkan sikap tidak menghormati lawan selepas beberapa pemain mereka dirakam membelakangi pentas ketika majlis penyampaian trofi kepada Spain.

Martinez menegaskan bahawa gambar tular yang menunjukkan pemain Argentina membelakangi acara pengangkatan trofi bukanlah tanda tidak menghormati pasukan juara, sebaliknya ia merupakan momen yang dikongsi bersama penyokong mereka yang hadir memberi sokongan.

Argentina
Kredit Foto: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP

Martinez Tampil Pertahan Tindakan Pemain Argentina

“Gambar yang menunjukkan kami membelakangi kamera itu berlaku kerana kami kekal menyanyi bersama penyokong kami,” jelas beliau menurut sumber laporan Goal.

“Ia adalah tanda penghormatan kepada penyokong Argentina. Kami tidak sanggup meninggalkan mereka begitu sahaja.”

“Selepas tamat final, kami sudah bersalaman dan memberi penghormatan kepada semua pemain serta barisan kejurulatihan Sepanyol.”

Kontroversi mengenai tindakan pemain skuad kendalian Lionel Scaloni semakin memuncak selepas berlakunya beberapa insiden selepas tamat perlawanan.

Leandro Paredes terlibat pertikaian dengan Gavi dan Eric Garcia di atas padang, manakala pembantu jurulatih Roberto Ayala turut terbabit dalam insiden dengan Dani Olmo, sekali gus menambahkan perhatian terhadap kontroversi yang tercetus selepas final tersebut.

Bagaimanapun, Martinez menolak kritikan yang dilemparkan terhadap Argentina dengan menyifatkan sebahagian besar reaksi negatif itu tidak berasas.

de la Fuente
Kredit Foto: CHARLY TRIBALLEAU / AFP

“Saya mempunyai perasaan bercampur-baur. Ia sedikit membuatkan saya marah kerana mereka tidak mempunyai asas untuk mencetuskan kebencian itu.”

“Mereka mengatakan kami angkuh tetapi mungkin ia lebih menggambarkan orang yang berkata perkara tersebut berbanding diri kami sendiri.

“Kami sentiasa menghormati lawan kami.”

Sumber