Arsenal terus mengukuhkan cengkamannya di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.
Semalam skuad bimbingan Mikel Arteta menang 2-3 di tempat lawan, menewaskan Bournemouth.
The Cherries terlebih dahulu di hadapan hasil jaringan Evanilson minit ke-10, berpunca daripada kesilapan Gabriel.
Namun pertahanan itu menebus kesilapannya hanya 6 minit kemudian dengan gol minit ke-16.
Declan Rice mencetak 2 gol pada separuh masa kedua untuk menjadikan kedudukan 1-3 memihak Arsenal.
Namun Bournemouth berjaya menjaringkan gol kedua minit ke-776 dan memberikan sedikit cemas buat Arsenal pada akhir babak.
Tetapi The Gunners musim ini lebih tenang mengendalikan tekanan itu dan menang 2-3.
Kemenangan ini meletakkan Arsenal 6 mata di atas Aston Villa dan 7 mata di atas Manchester City yang akan turun beraksi hari ini.
Dalam satu lagi perlawanan, Aston Villa kembali semula ke landasan kemenangan dengan kemenangan 3-1 ke atas Nottingham Forest.
Arsenal benar benar memberikan amaran jelas bahawa musim ini bakal menjadi milik mereka dengan prestasi luar biasa mereka setakat ini.
Adakah akhirnya Mikel Arteta menamatkan kemarau kejuaraan liga di Emirates?