Arsenal berjaya menjarakkan diri 7 mata daripada Manchester City, untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka selaku pilihan utama untuk menjuarai EPL musim ini.
Work mode 🔛 pic.twitter.com/mIlYZ7QEUt
— Arsenal (@Arsenal) January 31, 2026
Berkunjung ke Elland Road, skuad Mikel Arteta tiada masalah untuk membawa pulang 3 mata.
Gol pertama Arsenal adalah menerusi tandukan Martin Zubimendi pada minit ke-27 hasil bantuan gol oleh Noni Madueke.
Zubimendi goal but that Madueke assist >>> pic.twitter.com/gh2edxJeQ5
— Arsenal Team (@_ArsenalTeam) January 31, 2026
Arsenal menjadi lebih selesa, apabila penjaga Karl Darlow tertampan bola ke gawang sendiri – untuk jaringan sendiri.
Pada minit ke-69, Viktor Gyokeres menyambar masuk hantaran cantik daripada Gabriel Martinelli untuk menjadikan kedudukan 3-0 memihak pelawat.
In his element 💪 pic.twitter.com/Qp4DXr2dvE
— Arsenal (@Arsenal) January 31, 2026
Leeds United memberikan saingan kepada The Gunners, namun jelas mereka bergelut dengan kualiti di sepertiga akhir.
Arsenal pula kebal bertahan di kawasan pertahanan mereka. Dan berjaya mengawal perlawanan dengan sangat baik.
Gabriel Jesus hampir menjadikan kedudukan 4-0 menerusi ‘point blank header,’ namun ditepis Karl Darlow.
Namun pada minit ke-86, Gabriel Jesus memastikan dirinya berada dalam senarai penjaring menerusi satu percubaan sangat cantik selepas menerima hantaran Martin Odegaard.
Ianya adalah gol kedua Gabriel Jesus dalam saingan EPL musim ini. Dia meraikannya dengan sangat gembira kerana gol itu begitu berharga untuk dirinya dalam usahanya kembali semula mendapatkan rentak bersama Arsenal.
Arsenal menang 4-0 ke atas Leeds. Dan sekaligus menjarakkan diri 7 mata daripada Manchester City dalam persaingan kejuaraan EPL musim ini dengan baki 16 perlawanan sahaja lagi untuk dimainkan.
Adakah akhirnya Mikel Arteta mengakhiri badi naib juara musim ini?