Arsenal dilaporkan telah menghubungi Atletico Madrid bagi membincangkan syarat untuk mendapatkan penyerang Argentina, Julian Alvarez – menurut laporan Fabrizio Romano.

Laporan yang sama menyebut bahawa pertemuan secara langsung telah berlangsung di London antara pihak Arsenal dan pengarah Atletico Madrid, Mateu Alemany.

Arsenal mahu mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai harga serta syarat yang ditetapkan Atletico Madrid untuk melepaskan Alvarez.

Bagaimanapun, harga yang diminta ketika ini dianggap terlalu tinggi buat Arsenal.

Selain itu, Alvarez sebelum ini tidak pernah membuka pintu untuk berpindah ke England kerana keutamaannya adalah menyertai Barcelona.

Alvarez memang sebelum ini dikaitkan dengan Barcelona, namun Arsenal kini cuba masuk dalam persaingan untuk mendapatkan penyerang tersebut.

Usaha Arsenal bagaimanapun berdepan cabaran besar kerana keputusan akhir juga bergantung kepada pendirian Alvarez sendiri.

Atletico dikatakan lebih terbuka untuk menjual Alvarez ke Arsenal. Kerana perjanjian itu dikatakan boleh membuka jalan kepada mereka untuk mendapatkan pengganti secara langsung iaitu Viktor Gyokeres.

Diego Simeone sudah menyerahkan kepada kelab untuk membuat keputusan tentang perpindahan Julian Alvarez.