Arsenal bergelut untuk mendapatkan gol sepanjang separuh masa pertama.
Namun bermula daripada minit ke-57, mereka mengganas dengan mencetak 4 gol!
Skuad Mikel Arteta terus memberikan amaran kuat kepada pesaing mereka bahawa Arsenal adalah pasukan musim ini adalah pasukan untuk dikalahkan dalam saingan UCL atau EPL.
Bertempat di Emirates, Arsenal melayan kunjungan Atletico Madrid yang hadir ke perlawanan ini dengan prestasi memberangsangkan.
Namun skuad Simoene sekali lagi menelan kekalahan dalam kunjungan mereka ke England.
Pada minit ke-57, Gabriel Maghalhaes mencetak gol pertama selepas menerima hantaran daripada Declan Rice menerusi sepakan percuma.
Pada minit ke-64, Gabriel Martinelli meneruskan prestasi cemerlanganya – terutama sekali di UCL – dengan gol kedua Arsenal. Kali ini Arsenal mencetak gol menerusi permainan terbuka.
Emirates bergema lagi 3 minit kemudian, kali ini penyerang sensasi mereka Viktor Gyokeres. Dia melakukan susulan selepas percubaan Eze dihadang.
3 minit kemudian – minit ke-70 – penyerang sensasi Sweden itu sekali lagi mencetak gol. Berpunca daripada sepakan penjuru Rice, Gabriel menanduk melintasi kawasan bahaya dan disambar Gyokeres.
SETTING THE STANDARD. pic.twitter.com/Zgfmfh1a9N
— Arsenal (@Arsenal) October 21, 2025
Arsenal menang bergaya 4-0 untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam kempen UCL musim ini dengan 3 kemenangan daripada 3 perlawanan.
Mikel Arteta bercakap kepada Amazon Prime dan ditanya sama ada beliau menjangka kemenangan 4-0 itu.
“Tidak … ia perlawanan yang sangat sukar, kami tahu ketika kedudukan masih 0-0, ia akan jadi perlawanan yang mencabar.
“Apabila kami mendahului 1-0, mereka mula terbuka sedikit, menjadikan lebih mudah untuk kami mencari ruang, saya sangat gembira satu persembahan sangat hebat
AN EMPHATIC CHAMPIONS LEAGUE WIN 🤩 pic.twitter.com/l1n5PCGEer
— Arsenal (@Arsenal) October 21, 2025
“Kami layak dapat tiga mata, persembahan pasukan yang hebat tanpa persembahan individu yang besar memang sukar dicapai … saya sangat gembira..
“Saya juga gembira untuk Viktor Gyökeres kerana dia benar-benar layak mendapatkan 2 gol, luar biasa, tahap tuntutan dirinya sendiri sangat tinggi.
“Kami sangat menghargai apa yang dia sumbangkan untuk pasukan.
“Semoga ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang indah, memiliki pelbagai cara untuk menjaringkan gol sangat penting.
“Keyakinan amat penting dalam sukan, dam kami perlu mengekalkan momentum kerana masih banyak yang boleh diperbaiki.”