Segelintir peminat kurang senang dengan tindakan Arsenal menjalin kerjasama dengan syarikat milik usahawan berbangsa Perancis-Israel.
Arsenal mengesahkan bahawa mereka menjalinkan kerjasama dengan Deel, sebuah syarikat milik Alex Bouaziz yang merupakan ushawan yang lahir dalam keluarga Perancis-Israel dan membesar di Paris serta Tel Aviv.

Deel adalah syarikat yang didaftarkan sebagai syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat. Namun ianya ditubuhkan oleh warga Perancis-Israel.
Syarikat tersebut turut dianggap beroperasi secara haram di tanah Palestine. Ketika ada yang mempersoalkan: “Mana ada syarikat Deel berpangkalan di Palestin, yang ada hanya Israel.”
Wartawan Aboubakar Abed menegaskan: “Tiada negara bernama Israel.”
Aboubakar Abed, wartawan yang banyak menulis tentang krisis kemanusiaan di Gaza menyatakan: “Syarikat Israel-Amerika yang berpangkalan secara haram di wilayah Palestin, yang menyumbang jutaan dollar kepada tentera negara haram setiap tahun, telah memberikan sokongan semakin kuat kepada genosid.

“Alex Bouaziz sebelum ini pernah menyatakan keprihatinannya ke atas unit tentera simpanan Israel pernah menyatakan: ‘Keprihatinan terbesar kami adalah kepada rakan rakan kami yang berbangsa Israel dari kalangan tentera simpanan yang kini dipanggil untuk peperangan. Fokus kami adalah untuk menyokong mereka melalui detik getir ini’ [menurut Alex].”
Aboubakar Abed juga mendedahkan bahawa Bouaziz dan rakan ekeskutifnya telah membantu mendermakan pakaian dan keperluan lain untuk tentera negara haram menerusi laporan NY Times pada 7 Oktober lalu.
.@deel & @Arsenal agree multi-year partnership: https://t.co/Z0MofHGfvx
The Israeli-American company illegally operates in the occupied Palestinian territories and contributes millions of dollars to the Israeli military yearly, having intensified its support during the… pic.twitter.com/rqxw4gCpaM
— Abubaker Abed (@AbubakerAbedW) December 21, 2025
Walaupun Deel tidak terang terangan menyalurkan dana kepada tentera Zionis. Namun Alex Bouaziz dan beberpa eksekutif syarikat itu sudah beberapa kali secara peribadi menyatakan sokongannya kepada tentera negara haram tersebut secara peribadi.
Deel, an Israeli-American company, maintains illegal operations in occupied Palestinian territory and annually contributes millions to the Israeli military, with its backing increasing during the genocide.
Together, you are contributing to the ethnic cleansing of Palestinians. https://t.co/zXDusYnXKw
— Leyla Hamed (@leylahamed) December 21, 2025
Segelintir peminat Arsenal turut menyatakan kekecewaan mereka ke atas kerjasama tersebut. Ini kerana Arsenal dianggap terlalu mudah membuka pintu kepada syarikat yang mesra ‘negara haram’.
Fari menganggap Arsenal semakin bergerak keluar daripada landasan yang sepatutnya.


Peminat turut mengimbas kembali kes seebelum ini, di mana bekas kitman Arsenal mendakwa dia dipecat kelab itu hanya kerana dia menyatakan sokongan kepada Palestin di media sosial.
Mark Bonnick menyatakan bahawa dia konsisten mengecam kekejaman Zionis di Gaza sejak dahulu lagi. Dan menegaskan bahawa dia tidak pernah menyesal untuk bercakap tentang Palestin walaupun dipecat kelab itu.
No wonder they made an example of Mark Bonnick https://t.co/BjrxwHQpfV
— Osita Mba (@DrOsitaMba) December 21, 2025
Peminat juga pernah mengecam tindakan pengurusan tertinggi kelab Arsenal ke atas Elneny yang pernah menyatakan sokongan terbuka kepada Gaza.
✅ Arsenal footballer Zinchenko is allowed to make social media post backing Israel
❌ Footballer Mohamed Elneny was criticised for his social media post in support of #Palestine@Arsenal your bias and hypocrisy is so blatant! #GazaUnderAttack pic.twitter.com/4HNJMRtgO0
— زاھىد ئەختەر – Zahid Akhtar (@ZahidDOAM) October 8, 2023
Laman peminat Only Arsenal tampil menulis: “Menyokong pertubuhan Zionis seperti biasa. Arsenal memang suka mengambil duit ‘berdarah’.
“Arsenal suka menagmbil duit daripada syarikat yang menyumbang dana secara haram untuk genosid dan membunuh ribuan kanak kanak [merujuk kepada Visit Rwanda, di mana kerajaan Rwanda turut dikaitkan dengan jenayah kemanusiaan].
“Adakah ini Arsenal yang sama, yang saya sokong dahulu? Sejak bila kamu semua menyokongnya?”
Supporting zionists organisations as per usual. Arsenal love taking blood money. Arsenal love taking money from companies that are complicit in funding this genocide that killed thousands of kids. Is this the same Arsenal i support and love? Since when did you guys suppoer that? pic.twitter.com/3icuwdcNgI
— only Arsenal 🔴⚪️ (@NorthernGoon49) December 12, 2025
Seorang peminat menyatakan bahawa, pendirian kelab itu benar benar mengecewakan mereka dan tidak menggambarkan pendirian peminat Arsenal secara keseluruhannya. Kerana masih ramai peminat Arsenal menentang keganasan dilakukan negara haram.