Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas pasukan naik promosi, Leeds dalam aksi EPL semalam.
Apa yang lebih menarik, penyerang handalan baharu Arsenal, Viktor Gyokeres menutup mulut pengkritik dengan 2 gol.
Gyokeres sebelum ini diejek dan dikritik selepas debut EPL yang dianggap sangat mengecewakan.
Kali ini Gyokeres membuktikan kenapa Arsenal benar benar dahagakan sentuhannya di hadapan gol.
Gyokeres terlepas peluang keemasan pada separuh masa pertama. Di mana dia gagal untuk menyempurnakan peluang terhidang secara 1 lawan 1.
Tetapi dia menebus kesilapan itu dengan 2 gol selepas itu.
Perlawanan yang berlangsung di Emirates itu menyaksikan The Gunners tampil garang sejak awal permainan.
Jurrien Timber membuka tirai jaringan dengan dua gol hasil sepakan sudut, sebelum Saka dan Viktor Gyokeres menambah derita pelawat.
Viktor Gyokeres’ first @Arsenal goal 👊🔴 pic.twitter.com/JzZ58QfanP
— Premier League (@premierleague) August 23, 2025
Gyokeres kemudiannya melengkapkan malam gemilang Arsenal dengan penalti, menjadikan dirinya penjaring dua gol pada aksi tersebut.
Salah satu detik paling menarik perhatian penyokong ialah kemunculan pemain remaja berusia 15 tahun, Max Dowman. Masuk sebagai pemain gantian, Dowman mempamerkan aksi penuh berani dan berjaya memenangi sepakan penalti yang disempurnakan Gyokeres.
Namun, kegembiraan itu bertukar kerisauan buat Mikel Arteta apabila Odegaard mengalami masalah bahu manakala Saka pula ditimpa kecederaan hamstring.
Arteta mengakui ia bukan petanda baik menjelang pertemuan getir menentang Liverpool minggu hadapan.
Selain itu, Arsenal turut memperkenalkan pemain baharu mereka, Eberechi Eze, kepada para penyokong sebelum perlawanan bermula. Musim panas ini, The Gunners dilaporkan telah membelanjakan lebih £250 juta bagi memperkukuh skuad, menjadikan pasukan bimbingan Arteta antara yang paling seimbang di liga.
Ebere Eze’s box-office unveiling to @Arsenal fans 😎 pic.twitter.com/yo1uoI5BLY
— Premier League (@premierleague) August 23, 2025
Dengan kemenangan ini, Arsenal bukan sahaja mengekalkan permulaan cemerlang musim tetapi juga menghantar mesej jelas bahawa mereka calon utama kejuaraan. Namun, kecederaan kepada dua tonggak utama boleh menjadi cabaran besar dalam usaha mengekalkan momentum.
Saksikan rangkuman perlawanan di sini: