Arsenal kini dikatakan mempertimbangkan untuk membeli Raheem Sterling dari Chelsea. Pemain itu sebelum ini ditawarkan oleh Chelsea ke Man United untuk memancing Jadon Sancho ke Stamford Bridge.
Tetapi United kelihatan tidak berminat dengan Raheem Sterling. Chelsea yang berusaha untuk menjual ramai pemain mereka kali ini, meletakkan nama Sterling antara nama untuk dijual.
Ini kerana pemain itu memiliki bil gaji tertinggi di kelab itu sekitar £300 ribu seminggu. Dan dia tidak berada dalam perancangan Enzo Maresca.
Sterling sebelum ini mempersoalkan tindakan Maresca tidak menurunkannya pada aksi pembukaan menentang Man City telah mengejutkan ramai apabila dia dengan berani meminta kelab dan Maresca memberikannya tunjuk sebab tentang perkara itu.
Maresca menegaskan bahawa pemilihan pemain adalah berdasarkan faktor teknikal dan dia faham ada pemain tidak gembira. Kemudian Enzo Maresca mengesahkan Sterling tidak berada dalam senarai kumpulan 21 pemain utamanya. Dia berlatih dengan kumpulan kedua.
Sterling mendapat tawaran daripada Juventus dan beberapa kelab lain dari luar England. Namun pemain itu lebih memilih untuk kekal di England.
Kini Chelsea menawarkan Raheem Sterling ke Arsenal setelah mereka melepaskan Jorginho dan Kai Havertz dalam beberapa musim lalu ke kelab musuh sebandar mereka itu.
Fabrizio Romano melaporkan bahawa Arsenal telah berbincang secara internal tentang idea Raheem Sterling menyertai kelab tersebut.
Sterling pemain yang bermain di posisi penyerang sayap, sama ada sayap kiri atau sayap kanan.
🚨🔴⚪️ Arsenal are discussing internally about Raheem Sterling as the opportunity has been offered again this morning.
Chelsea want to find a solution for Raheem as he won’t be included in squad again if he stays, Enzo Maresca said.
Sterling, assessing options to decide soon. pic.twitter.com/YbhNMbyugJ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 30, 2024
Dalam masa yang sama Sterling juga sedang mempertimbangkan pilihan untuk menyertai Arsenal. Kerana dia harus mengurangkan gajinya jika menyertai skuad Mikel Arteta itu.
Sterling yang merupakan bekas pemain Man City pernah bekerja secara ‘khusus’ dengan Mikel Arteta. Ketika Pep Guardiola meminta Mikel Arteta membantu pemain itu dalam isu taktikal dan penyudah.
Arteta banyak membantu Sterling dalam meningkatkan permainannya di Man City. Perkara itu disahkan sendiri oleh Guardiola.