Mikel Arteta menegaskan bahawa kekalahan 0-2 Arsenal ditangan Manchester City pada aksi final Piala Carabao tempoh hari membuatkan skuad kendaliannya semakin meningkat.

Dua jaringan pemain muda, Nico O’Reilly telah meleburkan impian Arsenal untuk menamatkan penantian selama 33 tahun merangkul kejuaraan Piala Carabao.

Sehubungan dengan itu, Arteta melihat barisan pemainnya perlu mengambil pengajaran daripada kekecewaan tersebut untuk menamatkan musim ini selaku juara English Premier League (EPL).

Dengan saingan berbaki tujuh perlawanan sahaja lagi, The Gunners mendahului Manchester City dengan kelebihan sembilan mata, namun pencabar terdekat itu kekurangan satu perlawanan.

“Sejurus [final] itu saya dapat merasakan kekecewaan tersebut, dan juga bagaimana kami menilai diri sendiri serta perkara-perkara yang kami boleh lakukan dengan lebih baik.”

“Selain bagaimana perlawanan boleh berubah pada tahap ini antara separuh masa pertama dan kedua,” ujar Arteta menurut sumber laporan Sky Sports.

“Dan itu adalah sesuatu yang kami perlu uruskan dengan lebih baik. Saya pasti perkara ini akan menjadikan kami lebih baik, dan kami perlu menggunakannya untuk fasa paling penting dan paling indah dalam musim ini.

“Gunakan bahagian  fasa pertama itu. Jika ia seperti ‘bola racun’ yang berada dalam perut anda, keluarkan ia secepat mungkin dengan jelas.”

“Bagaimana saya boleh gunakan perkara ini untuk menjadikan diri saya lebih baik, dan menjadikan pasukan lebih baik?,” tambah beliau lagi.

Sumber