Mikel Arteta menganggap pasukannya kalah dengan cara yang pelik. Kerana mereka mendominasi perlawanan, tetapi kalah hanya kerana ‘long ball’ yang dihantar kepada Cunha.
Arsenal kalah 2-3 di tangan Manchester United di Emirates. Membuatkan The Gunners mepersia-siakan peluang untuk menjarakkan diri lebih jauh daripada Manchester City.
Arteta pelik Arsenal boleh kalah
Selepas tamat perlawanan, Arteta berkata: “Pertama sekali, tahniah kepada Man United atas kemenangan itu.
“Ia berlaku dengan cara yang agak pelik kerana kami benar-benar dominan dalam setengah jam pertama, menjaringkan gol dan kemudian kami pula menghadiahkan mereka satu gol, yang mengubah momentum serta tenaga perlawanan.
“Selepas itu, tahap permainan kami menurun, terutamanya ketika menguasai bola — perkara yang kami perlu lakukan dengan jauh lebih baik — dan permainan tidak lagi berada dalam kawalan. Kemudian mereka mendapat dua detik magis dan dua gol yang dijaringkan, kredit kepada mereka.
“Kami sedikit terbawa-bawa dengan elemen negatif itu serta kekurangan kelancaran yang kami perlukan. Kami membuat pertukaran, mencipta sedikit momentum, menjaringkan gol untuk kedudukan 2-2 dan anda boleh rasa, “Game on”, semuanya berubah serta-merta.
“Aksi seterusnya, situasi satu lawan satu dalam kotak penalti, kami mengharapkan sesuatu, tetapi ia berakhir dengan sepakan gol. Satu bola jauh, satu hantaran dan Cunha menjaringkan gol. Jadi, kekalahan yang sangat menyakitkan.