Amerika Syarikat (AS) meminta bantuan China untuk menghalang Iran dari menutup salah satu laluan kargo penting di dunia iaitu Selat Hormuz.

Setiausaha Negara Amerika, Marco Rubio menghubungi kerajaan China berhubung ancaman Iran mengenai selat itu.

Baca Juga:

AS Anggap Selat Hormuz Penting Untuk China

“Saya menggalakkan kerajaan China untuk menghubungi mereka mengenai perkara itu.

AS
Marco Rubio

“Ini kerana China sangat bergantung pada Selat Hormuz untuk minyak mereka,” katanya.

Menteri Luar Iran memberi amaran awal bahawa negara itu “mmpunyai pilihan untuk mempertahankan kedaulatannya,” selepas Amerika mengebom tiga tapak nuklear utama pada hujung minggu.

AS
Sumber Gambar: Harian Metro

Media melaporkan bahawa parlimen Iran menyokong penutupan Selat Hormuz, memetik seorang ahli parlimen kanan.

Bagaimanapun, keputusan muktamad untuk menutup selat itu terletak pada majlis keselamatan negara Iran.

Percubaan untuk menyekat laluan air sempit antara Iran dan Oman boleh membawa kesan yang mendalam kepada ekonomi global.

Kira-kira 20 juta tong minyak mentah sehari, atau 20% daripada penggunaan global, mengalir melalui selat itu pada 2024.