Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menasihati orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan fenomena fear of missing out (FOMO) sehingga bersesak-sesak untuk memohon MyKad generasi baharu pada hari pertama pelaksanaannya.
Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Muhammad Asraf Sukadi, menyarankan agar masyarakat membuat janji temu terlebih dahulu bagi membolehkan urusan berjalan lebih lancar serta mengelakkan tempoh menunggu yang lama, petik Harian Metro.
Jadi Bualan Satu Malaysia, Siapa ‘Asraf Sukadi’ Pada MyKad Baharu?
Peningkatan Permohonan Ketara
Lonjakan Permohonan: JPN merekodkan peningkatan permohonan kira-kira 60 peratus berbanding hari kebiasaan.
Statistik Putrajaya: Setakat pagi hari pertama operasi, JPN Putrajaya menerima lebih 300 permohonan, berbanding purata 100 hingga 200 pemohon pada waktu pagi biasa.
Kelancaran Operasi: Walaupun berlaku lonjakan kehadiran, keseluruhan proses permohonan di kaunter dilaporkan kekal terkawal tanpa sebarang masalah teknikal.
Muhammad Asraf menegaskan bahawa tempoh penggantian yang disediakan adalah panjang. Justeru, orang ramai tidak perlu tergesa-gesa hadir secara terus (walk-in) ke pejabat JPN.
Mulai 17 September: Ini Senarai 40 Cawangan JPN Boleh Siap MyKad Baharu Hari Yang Sama
“Jangan kerana FOMO, semua orang datang serentak. Kita sudah menyediakan tempoh yang panjang untuk penggantian dan orang ramai boleh membuat janji temu terlebih dahulu,” katanya.
Beliau menambah, tempoh pemprosesan penggantian biasa di JPN Putrajaya hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sekiranya tiada halangan.
Bagi permohonan kanak-kanak berusia 12 tahun pula, proses tersebut memakan masa purata kira-kira satu jam.